Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 3, 2011

Rampaslah secara Berhikmah...

Aik? Tak cukup lagi ke UMNO-BN dok kumpul duit untuk persiapan pilihanraya ni sehingga rakyat diperas sedemikian rupa. Kasihan melihat rakyat khususnya yang marhaen. Mencari rezki siang dan malam. Menghadapi kehidupan yang sentiasa mencengkam dengan keperluan hidup. 



Dengan rumah sewa, pelbagai bil, keperluan makan-minum keluarga dengan barangan semakin hari semakin mahal, kos bahan-api yang sentiasa meningkat, keperluan anak-anak sekolah dan pelbagai seribu satu macam yang nakkan duit!... duit!... duit!

Kerajaan pun nakkan duit jugak. Lalu ditadah tempurung dengan rakyat secara paksa berhikmah. Yelahh!! Rakyat didahulukan… pemimpin diutamakan. Demi memajukan Negara dan demi pembangunan Malaysia yang hebat untuk Negara maju 2020… rakyat perlu berkorban. Saman ekor dikenakan. Itulah cara rakyat membantu Negara yang memerlukan. Rakyat diingatkan agar berterimakasih dan bersyukur kepada kerajaan pimpinan UMNO-BN kerana bagi diskaun dan diberi tempoh lanjutan masa sehingga 10 Mac ini. Ni dah berapa kali lanjut dah!!!! Apa yang penting… duit masyuuuukk. Jangan lupa bayar saman tu… Maaf deh!!! Najib & Rosmah kini berlepas lagi ke Australia selepas berapa siri lawatan demi lawatan ke seluruh dunia. Sapa tanggung??? … bye2…
KUALA LUMPUR - Berita baik kepada pesalah trafik di negara ini yang tidak sempat melunaskan saman mereka sepanjang tawaran diskaun 50 peratus yang berakhir pada 28 Februari lalu. Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan tarikh pembayaran saman itu dilanjutkan sehingga 10 Mac ini.

Menurut beliau, keputusan itu dibuat untuk membantu pesalah trafik menjelaskan kompaun sekali gus mengelakkan kenderaan mereka daripada disenarai hitam. "Keputusan ini juga dibuat kerana kita dapati ada pihak yang ikhlas mahu membayar saman tetapi gagal berbuat demikian disaat-saat akhir kerana sistem di kaunter bayaran tergendala," katanya pada sidang akhbar di sini semalam. Sejak Ogos tahun lalu, kerajaan telah memberi kelonggaran selama enam bulan untuk orang ramai menyelesaikan saman tertunggak termasuk saman ekor dan dalam tempoh itu, tindakan menyenarai hitam pesalah juga ditangguhkan. 


Rakyat ada satu lagi pilihan. Tak perlu berebut dan tak perlu beratur untuk memberi duit yang bukan sedikit kepada pihak Kerajaan. Itupun kalau rakyat rasa berminat. Bagi ahli UMNO yang menangis-nangis nak bayar saman dan rasa bersyukur serta sujud syukur apabila dikenakan saman, penulis tak boleh buat apa-apa!!! 

Hapus Saman Ekor Sekiranya PAKATAN RAKYAT ke Putrajaya 

Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya. Parti Islam SeMalaysia (PAS) berjanji akan menghapuskan saman ekor sekiranya diberi peluang memerintah negara dalam pilihanraya akan datang bersama Pakatan Rakyat. Kita akan bersama rakan-rakan Pakatan Rakyat membincangkan kaedah paling baik bagi menyelesaikan masalah tersebut dan kita percaya PKR dan DAP akan bersetuju dengan tawaran tersebut. PAS ingin menegaskan bahawa pelaksanaan saman ekor bukanlah kaedah terbaik untuk mendidik rakyat supaya berhemah dalam memandu di jalanraya.

Kita memahami keperitan rakyat berhadapan dengan saman ekor yang tidak memberi peluang kepada rakyat untuk dibicarakan, membela diri dan dibuktikan bersalah, sebaliknya rakyat terus dihukum dengan nama mereka disenarai hitamkan dan pelbagai tindakan tidak berperi kemanusiaan.

Setelah beberapa bulan kita mengadakan kempen melalui KASE untuk mendesak dihapuskan saman ekor, tetapi kerajaan melayan dengan mengetatkan lagi akta berkaitan JPJ dan “menswastakan” urusan beberapa aspek saman ini, di mana tindakan ini akan lebih menyusahkan rakyat khususnya masyarakat luar bandar dan kurang berkemampuan. Sebab itulah, kita melihat bahawa rakyat tidak ada pilihan melainkan menukar pemerintahan BN kepada PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihanraya yang akan datang bagi melihat usaha murni kami ini dapat direalisasikan.

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Selasa, 26 Rabiul Awal 1432 / 1 Mac 2011

Lu Pikir le Sendili…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular