Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 3, 2011

PKR DAN UMNO TIDAK MUNGKIN BOLEH SAMA


PKR adalah parti berbilang kaum dan ugama, namun parti ini dilihat jauh lebih baik dari Umno atau Bn di dalam beberapa aspek. Apabila membaca penulisan di sini, yang menganggap bahawa PKR sama seperti Umno hanya kerana PKR akan mengadakan satu konsert hiburan bagi saya agak keterlaluan.
Pertamanya, harus difahami PKR mempunyai keahlian daripada berbagai bangsa dan ugama termasuk kepimpinan di semua peringkat. Di dalam aspek hiburan seperti yang ingin dianjurkan oleh PKR itu, tentulah amat sukar buat PKR melaksanakan seperti apa yang telah PAS laksanakan. Apa yang PKR boleh lakukan, mereka hendaklah menentukan hiburan yang ingin mereka adakan itu tidak seperti hiburan yang mana Umno/Bn pernah adakan. PKR harus mempunyai identiti sendiri di dalam aspek hiburan ini kalaupun tidak mampu melaksanakan seperti yang telah PAS lakukan. Konsert hiburan yang berunsur Islam yang telah PAS adakan sebelum ini pun menjadi sasaran pihak mereka, apatah lagi jika PKR yang adakan.

Sepatutnya konsert itu hanya terbuka kepada mereka yang bukan berugama Islam terutamanya bagi para penyokong PKR atau DAP serta masyarakat Non Muslim yang lain. Bagi pemimpin PKR atau ahli PKR yang berugama Islam, mereka tentu boleh berfikir sendiri samada konsert itu bertentangan dengan Islam atau tidak. Penganjurannya yang dikatakan untuk mendekatkan golongan remaja Non Muslim kepada PKR dikira satu kaedah yang baik .

Justeru itu, amat cantik jika konsert itu dijemput artis-artis yang terdiri dari Non Muslim kerana kita mahukan mereka yang hadir itu terdiri hanya di kalangan Non Muslim sahaja. Untuk orang-orang Islam, PKR boleh anjurkan konsert yang bertepatan dengan kehendak Islam dan PAS mungkin boleh membantu dari segi bantuan nasihat perlaksanaannya.

Pada saya, di dalam konsep hiburan ini PKR belum mampu untuk mengubahnya sekarang tetapi PKR mesti berusaha untuk mengubahnya. Apa pun, PKR jauh lebih baik jika dibandingkan dengan Umno/Bn yang lebih kerap mengadakan konsert yang lebih menggila, termasuk di dalam TV. Bukan sahaja konsert, malah drama dan berbagai sitkom hiburan yang kerajaan anjurkan banyak yang melanggar hukum Islam serta nilai-nilai moral. PKR jarang sekali mengadakan konsert hiburan dan sepatutnya PKR lebih banyak mengadakannya asalkan penganjuran konsert hiburan yang dianjurkan tidak sama seperti yang Umno/Bn anjurkan./wfauzdin.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular