Apa sahaja rancangan Pakatan Rakyat untuk membahagikan hasil negara secara sama rata kepada rakyat akan mendapat tentangan kerajaan. Semua rancangan Pakatan Rakyat untuk menyenangkan rakyat dikatakan tidak bijak, tidak cekap. Seolah-olah pemimpin pakatan rakyat semuanya bodoh-bodoh belaka dan hanya BN sahajalah yang pandai memerintah.
Dalam kenyataan terbaru, Muhyidin Yassin atau nama manjanya Pak Din berkata jika janji-janji di dalam buku jingga dilaksanakan, maka negara akan bankrap dalam masa dua tahun [mStar]. Sebelum ini dalam satu kenyataannya di Buletin Utama TV3, Pak Din kata negara akan bankrap dalam masa 3 bulanjika laksanakan buku jingga. Sekarang dah naik kepada 2 tahun pulak.
Apa sahaja rancangan, pelan, idea dan 1001 buah fikiran Pakatan Rakyat untuk menyenangkan rakyat negara ini akan mendapat kritikan yang sama dari Perdana Menteri dan pak turutnya Pak Din iaitu "negara akan bankrap". Mereka mendakwa hanya BN sahaja yang paling pandai memerintah. Tapi negeri termiskin dalam Malaysia adalah Negeri yang menjadi kubu kuat BN iaitu Negeri Sabah.
Bila diajak berdebat isu buku jingga, dua-dua ekor makhluk yang perasan dialah yang paling pandai memerintah ini menyorok, lari, tak berani berdebat. Tapi terpekik terlolong dari jauh melaungkan kata keramat "Negara akan bankrap".
Rakyat pula diperbodohkan setiap hari dengan propaganda "Hanya BN yang pandai memerintah, hanya BN yang pandai ekonomi". Tapi duit negara RM880 billion hilang secara haram tak dapat nak jawab. Ibarat gajah masuk rumah dia tak sedar, isteri diambil orang dia tak tahu.
Pemimpin macam ini bagi lingkup sudahlah, cakap berapi-api ajak debat takut, buat sidang media sorang-sorang kutuk pihak lawan, lepas tu istihar dialah yang paling bijak, paling pandai, paling cermat, paling cekap tadbir ekonomi, mamposlah lu!
ReJaM© "Penyokong songkok tinggi akan terus bangga ditipu dan diperbodohkan..."
source: http://milosuam.blogspot.com/2011/03/kerdau-laksana-buku-jingga-negara.html#ixzz1FT4kGAhQ