Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 1, 2011

Kenyataan Media: Membalas kenyataan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor

Rosmah: Adakah saya kelihatan seperti penipu?




Membalas kenyataan isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dalam laporan “Rosmah: I don’t look like a liar, do I? ” MALAYSIAKINI pada 27 Februari (Ahad) yang dilihat sebagai suatu kenyataan membangga diri yang melampau dan menunjukkan bahawa sebenarnya Rosmah kini dalam tekanan dan ketakutan apabila semakin hari semakin banyak kebenaran didedahkan Pakatan Rakyat.
Secara statistik kebanyakan penipu, pembunuh, pengebom mahupun perogol tidak kelihatan seperti seorang penjenayah sekalipun. Kebanyakannya berperwatakan mesra dan penampilan yang boleh dipercayai, sebelum akhirnya segalanya didedahkan. Saya juga ingin mengemuka suatu bukti, yang mampu menjawab pertanyaan Rosmah, adakah beliau seorang penipu?

Pada Mac 2010, 3 orang wanita Sarawak telah menyerahkan petisyen dan Laporan Pasukan Petugas Penan secara peribadi kepada Rosmah dalam usaha untuk mendapatkan ihsan sokongannya selaku isteri PM bagi bersama membela hak wanita dan kanak-kanak Penan yang telah dianiayai dan menjadi mangsa rogol oleh pembalak yang tidak bertanggungjawab.
Jelas, respon Rosmah ketika itu bahawa beliau berjanji akan mengambil perhatian terhadap isu ini bersifat politik semata-mata, kerana sehingga kini setelah setahun tiada satu tindakan pun yang diambil oleh beliau bagi menyelesaikan masalah ini.
Juga, saya persoalkan mengapakah peruntukan yang terlalu melampau, iaitu sebanyak RM24 juta boleh diluluskan buat Sidang Kemuncak “Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok” walhal masalah Penan ini tidak diselesaikan lagi. Peruntukan RM24 juta yang dibazirkan itu mampu digunakan untuk membina lebih 50 buah sekolah di kampung-kampung luar bandar Sarawak dan mampu digunakan selama 20 tahun buat tujuan pendidikan kanak-kanak Sarawak.
Sehubungan itu, saya medesak agar segera disiasat ketelusan pengaliran kedua-dua dana ‘istimewa’ ini, dan menggesa agar peruntukan RM111 juta buat Permata dapat disalurkan sedikit buat Kumpulan Sokongan Penan untuk disalurkan buat pendidikan anak-anak Penan khasnya, dan anak-anak Sarawak amnya.
Sama ada benar Rosmah seorang penipu atau tidak, hanya dia tahu kebenarannya.
Sekian. Terima kasih.
YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
KETUA WANITA KEADILAN
MERANGKAP AHLI PARLIMEN AMPANG


http://bit.ly/dLDHhs
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular