Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 27, 2011

UMNO sudah kembali kepada ISLAM....!!!!


suruh saja si Rosmah bertudung semasa berkempen di Kerdau



SATU - Kalau Syeikh al-Qardawi menerima cadangan perlantikannya sebagai Mursyid Am Ikhwan Muslimin suatu masa dahulu, adakah kerajaan Malaysia akan menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada beliau?
Saya berani berkata tidak, bahkan tidak sekali-kali. Serangan Najib kepada Ikhwan dan tokoh ulama itu yang dibantah oleh pimpinan PAS membuktikannya.
Al-Qardhawi memang orang Ikhwan dan itu bukan rahsia lagi. Beliau antara produk terbaik Ikhwan. Namun beliau pernah menolak untuk memegang jawatan itu kerana baginya, suaranya lebih berkesan jika beliau tidak memegang jawatan itu.
Hasilnya ialah, suaranya berharga kepada semua pihak dan itu bukan sekadar menguntungkan Ikhwan bahkan Islam secara keseluruhan.
Namun orang tidak pernah lupa bahawa beliau adalah orang Ikhwan. Sekali lagi, serangan serentak Najib ke atas Ikhwan dan al-Qardawi membuktikan semua itu.

DUA - Calon BN di Kerdau terpaksa menunjukkan sijil yang dimilikinya kepada umum selepas dikatakan tidak berjaya menamatkan pengajian. Selepas sijil itu ditunjukkan, dia diserang lagi dengan dakwaan sijil itu diperolehi bukan dengan lulus peperiksaan tetapi dibeli.
Adakah calon Umno / BN itu akan terpilih sebagai calon jika dia bukan lepasan al-Azhar? Saya berani berkata tidak, bahkan sekali-kali tidak.
Calon Umno / BN tidak dikenali umum sebagai tokoh agama. Setahu saya, beliau tidak pernah muncul dalam acara agama berprsetij. Namun itu semua tidak penting. Apa yang penting ialah beliau lepasan al-Azhar.
Samada beliau lepas dengan pintu belakang atau depan juga tidak penting. Apa yang penting, canangkan sahaja bahawa beliau lepasan al-Azhar.

TIGA – Mengapa Umno / BN menganugerahkan Tokoh Maal Hijrah kepada al-Qardawi? Mengapa Umno / BN memilih lepasan al-Azhar sebagai calon di Kerdau?
Tentulah untuk membuktikan kepada umum bahawa Umno / BN pro agama. Samada Umno / BN benar-benar pro agama atau tidak itu tidak penting. Apa yang penting ialah persepsi umum mesti dibentuk bahawa Umno / BN adalah parti pro agama.
Ada satu lagi langkah yang boleh dilakukan oleh Najib untuk membuktikan Umno / BN pro agama. Apa dia?
Ha… suruh saja si Rosmah bertudung semasa berkempen di Kerdau. Tak perlu pakai furdah, tudung sahaja sikit-sikit, nampak jambul pun tak apa, itu sudah boleh dikira bertudung versi Umno / BN. Kalau si Rosmah boleh bertudung litup, itu lebih mengagumkan.
Semua ini membuktikan apa? Ya… hipokrasi Umno / BN. Itu sahaja.
http://sauhdibongkar.blogspot.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular