Selepas insiden demi insiden dilaporkan, pilihan raya kampus hari ini berlangsung di lima universiti utama di seluruh negara.
Persaingan sengit antara kumpulan Pro-Mahasiswa - yang dilabel kritikal kepada pentadbiran universiti - dan musuh tradisinya Pro-Aspirasi akan berlangsung di Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
Kesemua peti undi dibuka pada jam 9 pagi tadi dan berakhir pada jam 5 petang. Keputusannya pula dijangka diperoleh kira-kira jam 9 malam ini.
Terdapat juga universiti yang menjalankan pengundian menggunakan sistem pengundian secara elektronik atau e-undi.