Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

Percayakah anda dengan JANJI menteri ini?




Sama-samalah kita lihat nanti selama mana kekalnya harga RON95 yang dijanjikan itu. Sehari, seminggu, sebulan? Atau adakah itu hanyalah janji pilihanraya kecil Merlimau dan Kerdau?

Saya petik:


Kerajaan kekalkan harga RON95, diesel - Ismail Sabri

[U/Meloya] KUALA LUMPUR 24 Feb. - Kerajaan mengekalkan harga semasa bagi RON 95 pada RM1.90 dan diesel pada RM1.80 meskipun harga minyak dunia semakin meningkat, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.
Beliau berkata, berikutan itu kerajaan sedang dalam perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk mencari alternatif bagi menampung peningkatan itu.
"Kerajaan akan mengekalkan harga semasa, dan melihat opsyen atau alternatif lain walaupun tanggungan kerajaan bertambah.
"Setakat ini boleh tahan, untuk tidak naikan harga RON 95 dan diesel,” katanya kepada pemberita selepas mengumumkan keputusan kewangan 2010 Bank Rakyat di sini.
Beliau berkata, peruntukan bajet untuk subsidi tahun ini sebanyak RM10.3 bilion dan jika trend itu berterusan, ia akan mencecah RM14 bilion.
Subsidi 10.3 bilion itu termasuk petroleum, RON 95, diesel, gas LPG, gula, beras dan minyak masak. - BERNAMA Tok Kiyai
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular