Menjelang tempoh penamaan calon pada 27 Febuari ini di pilihanraya kecil Merlimau siapa yang bakal menjadi calon Umno/BN bakal terungkai. Melihat kepada kesungguhan Pengarah Politeknik Merlimau, Dr Arshad Kassim menjadikan kampus Politeknik Merlimau sebagai 'bilik gerakan Umno/BN" tidak mustahil beliau sedang melobi untuk dijadikan calon di sana.
Sejurus tidak lama selepas kematian wakil Rakyat Merlimau dari Umno/BN, pengarah politeknik Merlimau kelihatan begitu berbesar hati dengan menjadikan politeknik Merlimau yang pensyarah dan pelajarnya dilarang terlibat aktif dalam politik dijadikan sebagai pusat pelancaran jentera pilihanraya Umno/BN yang dirasmikan oleh Dato Seri Muhd Ali Rustam.
Selepas itu kita menyaksikan politeknik Merlimau cukup meriah dengan kempen politik Umno/BN. Sekitar kampus cukup meriah dengan bendera Umno dan BN dan gambar pemimpin yang sewaktu dengannya.
Apakah politeknik Merlimau dibina dari tabung Umno/BN? Jika begitu halnya maka saya mencadangkan agar Politeknik Merlimau ditukar nama kepada politeknik Umno atau pun namakan aja dengan nama Politeknik Ali Rustam!