Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 27, 2011

KETUA MENTERI MASIH BERMINDA GURU KEMAS

Ternyata Ketua Menteri Melaka masih terikut-ikut dengan minda guru Kemas di kampung-kampung yang menipu dan memperdayakan rakyat supaya menyokong Umno/BN.

Hari ini sekali lagi Mohd Ali Rustam membuka pekung di dadanya. Apabila tanpa segan silu menunjukkan ketidakcerdikan beliau dengan berkata seolah-olah hanya penyokong Umno/BN sahaja yang layak menerima bantuan.
Ali berkata dipetik dari portal Malaysiakini, kerajaan negeri pimpinannya akan terus memberi keutamaan bantuan kepada penyokong BN.
"Jika ada orang minta bantuan cari kerja, saya akan berinya kepada penyokong BN, perkara yang sama jika rakyat minta jalan-jalan dibina."
"Ini perkara biasa kerana kebajikan bermula di rumah,” kata Mohd Ali sambil tersenyum sinis.
Apakah Mohd Ali tidak sedar bahawa sekarang beliau adalah Ketua Menteri sebuah negeri bernama Melaka bukannya kerani Kemas atau Ahli Jawatankuasa JKKK. Cermatlah sedikit mengeluarkan kenyataan. Takut-takut ini ditertawakan oleh kanak-kanak Pasti Jaya Insan Bukit Katil.
Bukankah semua orang tahu bahawa kerajaan menjalankan pembangunan menggunakan duit rakyat bukannya duit Ali Rustam atau duit BN. Semua rakyat berhak mendapatkan bantuan, hak mendapat pekerjaan dan sebagainya tanpa mengira fahaman politik dan warna kulit. Hanya pemimpin bertaraf dunia ketiga dan berkelulusan sekolah tadika sahaja yang sefahaman dengan Ali Rustam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular