Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 21, 2011

Jom dengar Video : Ceramah cicit Tok Kenali (Bob Lokman)

 Ceramah cicit Tok Kenali (Bob Lokman)



KOTA BHARU, 21 Feb 11: Bob Lokman, adalah cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali. Hari ini, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, mengalu-alukan kemasukan Bob Lokman artis terkenal negara yang juga penulis lirik lagu 'berhantu' Isabela. Beliau Bob Lokman kini telah menjadi ahli PAS.


Ketua DPP Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman, juga turut mengucapkan tahniah di atas keberanian artis terkenal yang juga berasal dari Kelantan itu. Menurutnya, penerimaan artis itu untuk bersama PAS cukup membuktikan parti yang memperjuangkan Islam itu tidak pernah menutup pintunya untuk mana-mana artis.


Beliau bagaimanapun tidak terkejut dengan keputusan yang diambil Bob Lokman, memandangkan latarbelakang artis itu merupakan cicit ulama terkenal Kelantan iaitu, Tok Kenali.

“Apapun tahniah kami ucapkan di atas keputusan yang diambil dan berharap beliau mempertahankan sebaik mungkin keputusan yang diambil.

“Kita juga berharap beliau akan menjadi ikon kepada generasi muda dalam memilih cara hidup yang baik,”ujarnya.

Semalam, Bob Lokman telah membuat kejutan besar pada majlis Himpunan Pemuda PAS 30k bersama pimpinan tertinggi Pemuda PAS. Tidak cukup dengan itu beliau telah menyerahkan borang keahlian menyertai PAS kepada Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Menteri Besar Kedah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular