Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

inkues Teoh : Pegawai polis akui silap

KUALA LUMPUR, 24 Feb — Seorang pegawai polis mengakui bahawa dia telah melakukan kesilapan dalam keterangan ketika inkues kematian Teoh Beng Hock sebelum ini.
Pegawai penyiasat ASP Ahmad Nazri Zainal memberitahu suruhanjaya siasatan kematian Beng Hock, beliau telah tersilap dalam memaklumkan identiti pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang memberikannya kad pengenalan bekas setiausaha politik itu.
“Ketika inkues, saya telah melakukan kesilapan,” kata Ahmad Nazri.
“Zurinawati (Zulkipli) yang menunjukkan beg Teoh (yang ada) di sofa. Bukan dia yang memberikan saya kad pengenalan,” katanya.
Inkues itu berakhir awal bulan lalu dengan keputusan terbuka.
Semalam Ahmad Nazri diarah oleh suruhanjaya siasatan supaya mencari jam tangan yang hilang, kira-kira dua tahun selepas kematiannya. 

SelangorKini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular