Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 14, 2011

Golongan UMNO Menipu Sultan Johor Atau Mereka Jahil Tentang Agama?

Sultan Johor Murka Pasal Kene Tipu Ngan UMNO!


Ini puak UMNO mana reti hormat SULTAN... dia kire apa? SULTAN pun depa balun semacam.. sanggup menipu SULTAN... tak tahu plak SULTAN JOHOR tau ke tak pasal penipuan mereka..
hahaha 


SULTAN JOHOR NENGOK GAMBAR NIH TAKAN LAH SULTAN JOHOR LEH TETIPU ngan GENG UMNO APCO NIH... hahaha

napa SULTAN JOHOR nak murka pada NIK AZIZ? NIK AZIZ takde buat kesilapan pun dalam gambar nih.. hahah UMNO yang jahil jer NIK AZIZ buat silap.. hahah 

Umno dah menang pun kat TENANG pun masih nak bising2 dengan menfitnah NIK AZIZ? SULTAN JOHOR misti murka kalau dia tau dia kene kencing bulat2... kahkahkah

Ini gambar SULTAN JOHOR lum tengok lagi nih.. kalau die tengok mungkin lagi teruk SULTAN MURKA pasai die kene kencing ngan pencacai-pencacai UMNO.. hahah UMNO nih bile nak berubah.. ingat SULTAN nih macam mak bapak dorang ke leh tipu sana sini... TAPI itulah UMNO kalau tak tipu takan orang panggil mereka UMNO... Untuk Menipu Negara Orang jer... kahkahkah

Klik untuk lebih jelas


So pada SULTAN, hamba sembah derhaka untuk memberi peluang SULTAN JOHOR untuk siasat kes fitnah ini... kerana kes fitnah ini berlaku di negeri SULTAN... Sultan pasti tak mahu ada penipuan di negeri SULTAN kan..kan..kan.. :)

p/s: sape lah nak dengar cakap baginda nih... baginda bukan keturunan SULTAN leh murka orang.. ye dak... hahaha -erapasca




Sultan Johor Murka Tindakan Sembahyang Dua Imam Semasa PRK Tenang




KOTA TINGGI, 11 Feb (Bernama) -- Sultan Johor Sultan Ibrahim pada Jumaat bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang bulan lepas.




Perbuatan tersebut, titah baginda amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.




"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.




"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini telah membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.




Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.




"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.




"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.




Baginda sebelum itu merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007. Hadir sama Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Nooh Gadot dan exco-exco kerajaan negeri.




Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor agar tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.




Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.




Pada masa yang sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.




Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.




Titah baginda langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. -- BERNAMA


Ulasan GB

Golongan UMNO termasuk jurugambar asalnya iaitu minah-jinggo tidak akan terlepas dari hukuman Allah. 

Pertama, mereka menipu Sultan Johor kononnya ada gejala dua imam di masjid di Johor sewaktu PRK Tenang. Termasuk di dalam golongan penipu ini ialah blogger-blogger UMNO dan akhbar media arus perdana yang menyebar-luaskan fitnah tersebut yang dimulakan dengan sekeping gambar dari minah-jinggo tersebut dan berita yang ditulis oleh BERNAMA.

Kedua, mungkin sebenarnya golongan UMNO ini adalah golongan yang bebal agama, tak tahu apa itu solat qasar dan jamak lantaran tidak pernah melakukannya.

Ketiga, sememangnya mereka berniat jahat terhadap PAS dan TG Nik Abdul Aziz.

Kita peringatkan:

Orang yang memfitnah orang mukmin ang lelaki dan mukminah yang perempuan, kemudian merekA tidak bertaubat, bagi mereka neraka jahanam dan azab yang membakar. Al-Buruj : 10 


Greenboc
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular