Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, February 24, 2011

Ambil tindakan ke atas Tengku Zafrul: Perkasa dan Umno terlalu bodoh

WarkahDaily –



Bodoh dan bangang. Memang sesuai sangat. Orang jenis macam Perkasa lah yang menyebabkan budaya ’yes bos’ berleluasa dan budaya ’angguk-angguk’ menjadi dilema para profesional bekerja.



Memang lahabau punya orang. Para profesional dan bijak pandai dipaksa untuk hanya menerima ’tahi’ Umno-BN sahaja. Mereka ini akan ditekan sehinggakan ada yang didesak letak jawatanlah, digugurkanlah, diambil tindakanlah. Memang tak pro langsung.

Dengan usaha terbaru pihak Perkasa dan Umno yang mahu pihak Maybank mengambil tindakan ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang sebelum tentu telah mengeluarkan kenyataan berkaitan pelantikan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad yang memberi aplikasi buruk kepada perkembangan ekonomi negara.

Kelmarin dalam laporan akhbar, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Ruslan Kassim berkata, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar perlu mengambil tindakan ke atas Zafrul sebagai pengajaran kepada keseluruhan kakitangan dan pegawai Maybank.

Pada masa sama, tegasnya, ia juga akan menjadi iktibar kepada pegawai-pegawai organisasi lain khususnya GLC supaya berhati-hati dan bertanggungjawab dalam membuat kenyataan.

"Ia juga penting sebagai peringatan bahawa kebebasan bersuara bukan bermaksud sesiapa sahaja boleh membuat kenyataan secara semberono.

Pihak Umno, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Musa Sheikh Fadzir turut senada dengan permintaan Perkasa.

Permintaan bodoh pemimpin Perkasa dan Umno itu dikeluarkan berikutan satu kenyataan Zafrul berkaitan pasaran tidak gembira dengan keputusan perlantikan Tan Sri Isa sebagai pengerusi Felda.

Betapa bodohnya Perkasa dan baru Umno sehingga tidak boleh menerima kenyataan yang dikeluarkan itu sehingga menuduh ia berbaur kepentingan politik. Kenapa bodoh sangat depa ni sehingga tak boleh nak beza kenyataan orang profesional dengan kenyataan orang politik.

Hangpa ingat, nak bekerja mana-mana agensi kat Malaysia ni kena sokong secara total apa yang kerajaan BN buat? Kalau kerajaan BN laksanakan program yang boleh menyebabkan negara bakal bangkrap, hangpa nak mereka ini sokong juga ke?

Woi...para profesional ni bukan sebodoh hangpa lah...depa belajar dan dan membuat kajian dan melihat kepada perkembangan semasa, bukan main hentam macam hangpa punya kumpulan tu yang merapu tak tentu pasal.

Sebenarnya, kerana depa nilah yang menyebabkan negara bakal bangkrap dan ekonomi tak tentu hala. Mulut para cerdik pandai dan ahli profesional ditutup dan dikunci rapat...dipaksa menerima pelaksanaan kerajaan walaupun menyebabkan kerugian. Memang bodoh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular