Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 27, 2011

ALI RUSTAM AMAL DASAR 'APARTHEID' DI MELAKA

Dasar Apartheid dah lama berkubur di Afrika Selatan pada tahun 1993. Dasar yang tak bertamadun dan bercanggah dengan nilai kemanusiaan.




Diskriminasi melampau yang tak dapat diterima manusia normal. Walau bagaimanapun di Melaka yang kononnya Negeri Maju 2010, Ketua Menterinya masih lagi   seolah-olah berbanggga dengan dasar serupa.

Tanpa segan silu dalam satu ceramahnya di  Lipat kajang Merlimau malam semalam beliau memberitahu akan hanya mengutamakan penyokong BN dalam menagihkan bantuan kepada rakyat Melaka. 

Pada sebelah siangnya semasa penamaan calon Ali Rustam dengan nada yang hampir serupa memberitahu wakil Persatuan Pendidikan Cina Progresif Melaka, Yang Ying Chong bahawa beliau hanya akan hanya mendengar suara dan permohonan mereka jika BN menang dalam pilihanraya di Merlimau. Inilah sebenar watak dalam pemimpin Umno, cuma Ali Rustam ni tanpa malu dan ragu bercakap secara terbuka. Pemimpin yang berfikiran seperti zaman batu yang sama sekali tidak layak untuk menerajui  Melaka.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular