Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 20, 2011

Alhamdulillah UMNO Kedah tak ada masalah dalaman..!


'Rombak kepimpinan bahagian' 
ALOR SETAR - Ketua UMNO Bahagian disaran membuat rombakan barisan kepimpinan peringkat masing-masing sekiranya pendekatan lain tidak berjaya menyelesaikan masalah dalaman parti. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, usaha itu perlu dibuat sebagai jalan terakhir untuk menyelamatkan UMNO Bahagian daripada terus dibelenggu masalah dalaman demi untuk kebaikan parti. 

“Jika perlu buat rombakan peringkat Bahagian demi kebaikan UMNO, itulah yang harus dibuat oleh Ketua UMNO Bahagian. Keputusan untuk buat rombakan hak mutlak mereka namun terpulanglah pada pertimbangan masing-masing,” katanya. 

Menurutnya, UMNO Negeri mahupun Pusat mahu melihat adanya gerak kerja di kawasan yang berkesan untuk dilaksanakan bagi menarik sokongan rakyat, dan ahli UMNO hendaklah membuat pembaharuan yang positif. 

“Jika dilihat status quo atau keadaan semasa tidak ke arah itu dan masih tidak mampu menyelesaikan masalah dalaman parti, mereka dituntut untuk membuat perubahan dan perubahan itu mestilah ke arah kebaikan. Jangan pula selepas diubah, makin teruk keadaannya,” katanya. 

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun berkata demikian apabila diminta mengulas kemelut UMNO Kedah yang sehingga kini masih gagal menyelesaikan masalah dalaman di beberapa Bahagian. 

Dalam kenyataan blog pro Barisan Nasional (BN), sembilan Bahagian dikatakan belum mantap sepenuhnya kerana kepimpinan yang dilantik tidak sebulu dan bukan pilihan ahli. 

Mukhriz berkata, adalah menjadi tanggung jawab Ketua UMNO Bahagian untuk mengambil serius isu kesatuan dalam parti dengan mengetepikan masalah dalaman, kerana perkara itu juga turut disentuh oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan dengan Ahli Parlimen dan Ketua UMNO Bahagian baru-baru ini. 

“Jika kita benar-benar memahami petanda yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri sejak kebelakangan ini, kita hendaklah siap sedia untuk berdepan pilihan raya umum ke-13, yang belum pasti bila akan diadakan,” katanya. 

Ditanya mengenai prestasi beberapa Bahagian yang dikatakan masih tidak menyerlah, malah didakwa antara sembilan Bahagian bermasalah, Mukhriz enggan mengulas terperinci setiap Bahagian yang dimaksudkan, namun mengandaikan ianya boleh dipulihkan. 

“Kita sentiasa mencari pendekatan untuk membuat perubahan yang boleh membawa kepada kemenangan. Bahagian yang dianggap selamat sekalipun, jika ada pendekatan baru yang boleh menjurus ke arah kemenangan lebih besar, pasti Bahagian itu akan laksanakan,” katanya. 

Menurutnya, UMNO Kedah sanggup membuat perubahan untuk pastikan kemenangan berpihak pada parti itu pada pilihan raya umum akan datang, dan jika difikirkan sesuai dilaksanakan, perkara itu alan diberi perhatian.

  : yg gua highlight tu bukan MASALAH DALAMAN,  masalah LUARAN je wakakakakaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular