Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 25, 2011

Kaki judi pun minat PRK Tenang!!


Saya petik:
[HM] LABIS: ‘Apakah pilihan anda? Tekan 1: Barisan Nasional; Tekan 2: Pas’. SMS sedemikian kini disebarkan melalui telefon bimbit orang ramai khususnya pengundi di sekitar Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang sejak beberapa hari lalu.

Setakat ini, satu laporan polis diterima daripada orang awam berkaitan SMS itu dan polis percaya ia berkaitan sindiket perjudian yang mengambil kesempatan menarik ‘pelaburan’ tahi judi sepanjang perjalanan PRK DUN Tenang.


Jurucakap Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi PRK DUN Tenang, Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, SMS itu diterima orang awam yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat kira-kira jam 9 pagi.

“Siasatan awal mendapati SMS dihantar melalui nombor telefon peribadi. Kami percaya penyebaran mesej itu berlaku sejak hari penamaan calon dan dijangka berterusan sehingga hari pembuangan undi, Ahad nanti.

“Kertas siasatan sudah dibuka, tetapi belum ada tangkapan. Kami menasihatkan orang ramai membuat laporan mengenai perkara itu manakala pengundi PRK DUN Tenang, jangan membalas SMS berkenaan,” katanya pada sidang media di Markas Taktikal (Martek) PDRM, di sini, semalam.

Katanya, sehingga kelmarin, polis menerima tujuh laporan berkaitan kesalahan pemasangan bendera dan poster parti politik yang tidak bertanding yang diajukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selain amaran dikeluarkan kepada pihak berkenaan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular