Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 4, 2011

Bukan setakat Khusrin..UMNO sendiri dan mula diserang..!


saya rasa bukan setakat Khusrin.. Umno,Perkasa,perkasut dan geng sewaktu dgn pejuang Kaum..demam seram sejuk...suam...bila-bila masa.dan boleh ubah sistem waktu kebelakang..ha ha ha ada faham ke UMNO apa maknanya..bukan seperti yg main diMInda UMNO (UMNO nampak kes jubor saja bila sebut belakang)..kuat kuasa undang undang backdated..kalau macam itu khussssyrin akan jadi kush kush hottai hei..kena halau le...lepai itu nak bagi balik KUASA SULTAN yang UMNO sendiri cabut pd tahun 1993,,kita nak tengok mana YB YB BN yang akan sokong dan yang tentang.....selama ini mereka-mereka ini beriaria ..sokong dan demo JGN HINA SULTAN.. JGN DERHAKA SULTAN.habis tempe sticker sampai ke MUKa..DAULAT TUANKU... .kita tunggu dan tengok muka muka mana yg akan derhaka nanti bila rang undang undang dibacakan didewan nanti dan minta utk disokong...?ha ha ha...UMNO masuk perangkap yg dipasang..

Cadangan pindaan perlembagaan Selangor bagi memberi kuasa kepada kerajaan negeri dan sultan untuk melantik tiga jawatan utama kerajaan negeri itu boleh dilakukan secara retrospektif atau dikebelakangkan, kata speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Datuk Teng Chang Khim.

NONE"Jika rang undang-undang menyatakan bahawa pindaan akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2011, maka ia akan menjadi retrospektif,” katanya kepada wartawan di Shah Alam hari ini.

Jika cadangan pindaan itu mempunyai kesan retrospektif, ia akan memberi kesan kepada pelantikkan setiausaha kerajaan negeri Selangor yang baru, Datuk Mohammed Khusrin Munawi, yang dibidas pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, menurut Teng, adalah terlalu awal untuk menyatakan perkara berkenaan kerana beliau belum melihat rang undang-undang itu ataupun dimaklumkan secara rasmi oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung cadangan beliau untuk memanggil sidang tergempar.

Menjelaskan perkara itu, Teng berkata sidang DUN yang ditangguhkan sehingga Mac ini sebenarnya tidak memerlukan perkenaan Sultan bagi sidang tergempar diadakan.Katanya, di bawah Peraturan 10(3), speaker boleh memanggil sidang tergempar jika mendapati alasan yang diberikan oleh menteri besar mempunyai “kepentingan umum”.

Menurut Teng, perkara berkenaan telah disampaikan secara lisan kepadanya oleh Khalid semalam tetapi tiada keputusan boleh dibuat sehingga ia dibuat secara bertulis.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular