Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Umno perintah Selangor melalui SUK ?

Dr Badrul Amin : Perlantikan Khusrin,Suntikan Jahat Umno-BN


SHAH ALAM 28 Dis.: Kelibat terdesak Umno-Barisan Nasional (BN) untuk merampas negeri pemerintahan Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya umum semakin jelas terpampang.
Tindakan tersebut terus dikecam Pengarah Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrul Amin yang menganggap keputusan kerajaan pusat menerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) itu akan mencetuskan konflik huru-hara pentadbiran negeri Selangor.
"Tidak dapat dinafikan sekiranya perlantikan ini diteruskan, memang semua pihak dapat melihat ada agenda jahat Umno-BN menjelang pilihanraya. Perlantikan seorang Setiausaha Kerajaan Negeri yang hanya menimbulkan konflik dan penentangan dengan pentadbiran negeri akan menyulitkan negeri dan akhir sekali akan menimbulkan resah kepada rakyat. Bila rakyat resah tentu rakyat akan meletakkan kesalahan kepada kerajaan negeri.

"Saya menyanggah tindakan KSN (Ketua Setiausaha Negara) melantik dan mengumumkan perlantikan SN (Setiausaha Negeri) tanpa merujuk atau memberitahu apalagi mendapat persetujuan daripada MB. Bagi saya tindakan KSN berniat jahat untuk melaksanakan agenda jahat BN keatas kerajaan negeri," jelas beliau ketika di hubungi Tv Selangor.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan semalam mengumumkan perlantikan bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Khursin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.
Walaubagaimanapun, reaksi lantang kerajaan Pakatan Rakyat Selangor mendapat perhatian media apabila mendakwa kerajaan pusat mengenepikan 3 calon yang disenarai pendek untuk menerajui jawatan itu tanpa sebarang perbincangan.
Justeru Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengambil inisiatif bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah esok (Rabu) bagi memohon pekenan baginda mempertimbangkan keputusan itu dengan mengambilkira asas politik negeri Selangor.
Reaksi terhadap perkara susulan itu, Badrul yakin kewibawaan Sultan Selangor mampu mengatasi sebarang konflik yang timbul demi melancarkan pentadbiran di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.
Namun menurutnya lagi, sekiranya perlantikan Khusrin tetap diteruskan maka jangkaan akan timbul masalah dalam pentadbiran negeri Selangor tidak akan meleset.
"Tetapi sekiranya perlantikan Khusrin diteruskan juga, ini akan menimbulkan masalah pentadbiran negeri memandangkan rekod Datuk Khusrin sememangnya menimbulkan konflik dengan negeri ketika mentadbir Jais. Jadi bagi kita Tuanku Sultan yang bijaksana tentu akan melihat perkara ini melalui penilaian yang teliti dan saya yakin Sultan ada kuasa dalam hal ini untuk menentukan halatuju negeri Selangor," katanya.
Akhirnya menurut beliau, kesan pentadbiran yang berkecamuk membuka ruang kepada Umno-Barisan Nasional untuk menyuntik semarak kebencian kepada kerajaan Pakatan Rakyat bagi memenuhi agenda merampas semula Selangor pada pilihanraya akan datang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular