Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, December 28, 2010

Najib akan dalangi rampasan kuasa terbaru


http://tvsnews.net/v1/news_images_upload/Nizar%20Jamaluddin.jpgIPOH, 28 Dis. : Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin tidak menolak kemungkinan terdapat usaha untuk menggulingkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, yang diketuai Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau merujuk keputusan kerajaan Persekutuan yang mahu melantik Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru.

Menurut Nizar, keadaan ini mirip seperti yang berlaku di Perak apabila SUK yang didalangi Umno- Barisan Nasional, Abdul Rahman Hashim enggan memberikan kerjasama dengan kerajaan negeri ketika itu, yang menjadi salah satu sebab kerajaan Pakatan Rakyat di Perak tumbang.
 

“Kami mengalami sendiri perkara ini di Perak, apabila Setiausaha Kerajaan Negeri berpaling tadah. Perkara ini dilakukan oleh Najib, yang ketika itu menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Perak.
“Sekarang, dia menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Selangor. Tidak mustahil percubaan yang sama dilakukan untuk merampas Selangor,” kata Nizar kepada Keadilandaily.com.


Tambah beliau, rakyat Malaysia khususnya di Selangor juga tahu siapa sebenarnya dalang di belakang Khusrin kerana pegawai tersebut sebelum ini banyak memberi masalah kepada kelancaran pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
 

“Jadi usaha untuk membawanya ke jawatan tersebut perlu dihalang. Rakyat Selangor mesti menunjukkan penentangan, bahawa pelantikan tersebut tidak direstui oleh mereka,” tambah Nizar.
Sementara itu, Timbalan Speaker Dewan Undangan Selangor, Haniza Talha mempersoalkan tindakan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Sidek Hassan yang melangkaui prosedur rasmi pelantikan.
“Ini tindakan yang tidak beretika dan tidak profesional. KSN adalah orang yang sepatutnya mahir tentang peraturan dan undang-undang. Sebenarnya wujud saluran diplomasi,” katanya ketika dihubungi Keadilandaily.
Haniza berkata, tindakan mencadangkan nama seseorang sebagai SUK negeri tanpa merujuk kepada Menteri Besar, telah melanggar semangat dan aspirasi antara Persekutuan dengan negeri-negeri di Malaysia

Dalam pada itu, Haniza memaklumkan, kerajaan negeri telah menyenarai pendek tiga nama bagi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud yang bakal bersara, hujung tahun ini.

“Kita telah membuat penilaian dan telah pun mengenalpasti calon, lebih awal dari pengumuman KSN, semalam. Jika KSN sendiri tidak patuh, bagaimana agaknya sikap orang yang dicadangkannya?” soal Haniza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular