Selepas sahaja peristiwa hitam di Parlimen di mana Ketua pembangkang bersama 3 AP digantung tugas selama 6 bulan, maka peristiwa inilah yang jadi isu dan topik utama... Iaitu isu Syiah... Maka tak habis-habislah cerita... syiah...syiah...syiahh..
Keluarlah berbagai ulasan dari pakar-pakar ulas yang tidak kita kenali......, Tidak seperti sebelum ini, kerana ada tukang ulas yang cukup hebat....
Kalau tak salah ingatan aku, tahun 1985, isu Syiah ni telah dibongkarkan oleh Mudir Al-Arqam, sehinggalah lahir sebuah buku Bahaya Syiah. tetapi aku beli pun,,, kenapa...
Alhamdulillah, kerana aku sering dok pi mengaji, dapatlah sedikit sebanyak ilmu..soalah bab Syiah ni Sheikh Mohd Nor Alhafiz memberi jawapan dalam kuliah tafsirnya di Masjid Titi Gantung, Bota (selepas kalah menjadi calon PAS, beliau letak jawatan Imam Besar Masjid Negeri.) Jawapannya mudah aja....
Siapalah diri kita ini nak mempertikaikan keislaman seseorang itu, nak kata Syiah tak betui,,, Ahli Sunnah Melayu kat Malaysia ni pun belambak lagi yang tak betui...
Kalau Syiah tak betul; atau kafir... , pakar ulama Saudi Al-Rabitah, dah lama dah mengeluarkan hukum yang orang-orang Iran tu (majoriti Syiah) tak boleh menunaikan fardhu Haji, sedangkan kita tahu, negara Iran adalah yang ketiga terbanyak selepas Indonesia dan Turki yang menunaikan haji..
Siapa yang dah pergi haji, bila sampai Madinah, kita akan dibawa ke program lawatan ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Masjid Tujuh, tetapi di masjid tujuh para pelawat tak dibenarkan turun, hanya sekadar melihat dari atas bas, sebabnya Masjid tu dikerumuni oleh jemaah mazhab Syiah...
Jadi bagi aku tak payahlah nak pertikai Syiah betui ke tidak,, bukan taraf kita nak menentukan..., apa dah jadi dengan Arqam, arwah Assaari bagaimana, tak payahlah nak diungkitkan semula...!!!
Fikirlah balik,, betuikah kita yang dok mengaku ahli Sunnah ni, ...wahabi tak betui, syiah kafir... tu yang pertahan perkara syirik tu betui ka...
OKlah... pergi ke perkara tajuk...
Seteruk teruk syiah, ia berani berhadapan dengan kerajaan kuffar Amerika dan Yahudi .....
Ahli Sukan wanita Iran , menampilkan pakaian menutup aurat...
Pimpinan kerajaan mereka terutama Presiden Ahmednijad memang jauh berbeza dengan Najib..
Program kerajaan Iran , membuat persiapan pertahanana negara...
Sebaik-baik UMNO... pulak...
Mengikut telunjuk Amerika, habis berjuta-juta nak jumpa Obama, bekerjasama dengan Isreal, pasai apa Zahid Hamidi menteri pertahan jumpa Ehud Barak, hubungan dengan APCO..
Ahli Sukan Wanita Malaysia ... tak payah cerita, tak tau nak beza yang mana agamanya Islam ataupun bukan Islam...
Sibuk nak buat bangunan beratus tingkat, kelengkapan tentera!! Kapal selam ttak boleh selam, enjin kapal terbang kena curi...
Paling mudah beginilah,,, dalam Al-Quran ada ayat melarang kita bekerjasama dengan Yahudi dan Nasara, memang Allah dah bagi peringatan... tetapi UMNO macam biasa, tak ada hal tetap ikut.....ayat-ayat mengenai Syiah ada ke tak dalam Al-Quran...
Musuh Umat Islam paling nyata ialah Zionis dan Amerika, tetapi UMNO!!!!!!!!!!..
Jadi siapa lagi bahaya... Syiah atau UMNO..c
Walau apa pun, aku bukan ahli Syiah...namun salahkah kita berkejasama, sama-sama berganding bahu menjatuhkan kuasa Zionis Israel ...,tak apalah,, sebelum jatuhkan Israel , marilah kita pakat sama-sama jatuhkan dulu suku sakat Israel iaitu UMNO.....
Posted by Manjungmari
APA KATA ( Dr MAZA )