Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 26, 2010

SKRIP BODOHKAN MELAYU KEMBALI



100 AHLI PKR PERAK KELUAR PARTI

Seramai 100 ahli PKR Cabang Kuala Kangsar bertindak keluar parti setelah kecewa dengan kepimpinan negeri dan pusat yang hanya mementingkan kuasa, kedudukan serta wang ringgit daripada kebajikan ahli. Bekas Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Kuala Kangsar, Adam Haris Abdullah berkata, semua ahli yang terlibat sudah menyerahkan borang kepada beliau untuk diserahkan ke Pejabat Perhubungan PKR negeri.

Menurutnya, selepas ini akan ada lagi ahli PKR akan isytihar keluar parti secara berperingkat kerana terlalu kecewa dengan parti yang sudah tidak mempunyai hala tuju.

“Pemimpin PKR juga semakin taasub dengan dunia ciptaan sendiri, gilakan kuasa, sanggup membohong rakyat dan penyelewengan berleluasa.

“Kerakusan ini semakin menjadi-jadi berpunca daripada pemimpin yang sudah lupa diri dan perjuangan parti,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam perkembangan lain, Adam Haris menyelar kenyataan Ketua Penerangan PKR Negeri, Zulkifli Ibrahim yang menyifatkan beliau sebagai pembohong dengan menyebarkan isu tidak betul mengenai parti berkenaan.

“Siapa pembohong sebenarnya, siapa pula yang menjadi dalang kepada kejatuhan kerajaan PR pada Februari 2008. Jika tidak ingat, saya boleh ingatkan pada masa kejatuhan kerajaan PR di Perak.

“Beliau (Zulkifli) adalah Pemangku Pengerusi PKR Negeri dan pada masa itu seolah-olah beliau tidak mempunyai apa-apa peranan untuk menyelamatkan kejatuhan ini.

“Sepatutnya, beliau sebagai Pemangku Pengerusi memainkan peranan supaya dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR tidak bertindak keluar parti, bukan bertindak sebagai pemerhati sahaja,” katanya.

Beliau berkata, inilah sikap pemimpin PKR yang selalu menuding jari ke arah lain, walhal apa berlaku adalah kesilapan diri sendiri.

“Saya nasihatkan Zulkifli supaya cermin diri dulu sebelum menyalahkan mana-mana pihak kerana jika tersalah beliau sendiri menanggung aib,” katanya.



Selanjut nya di ( SINI )
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular