Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, December 26, 2010

PANAS: Skandal bekas Menteri Besar Kedah, Mahdzir Khalid didedah! - Klip Video


Oleh: Pria Malaya

Tatkala penyokong dan blogger Umno Kedah bertungkus lumus siang dan malam, merangka strategi, dakyah dan fitnah untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah di bawah pimpinan YAB Azizan Abd Razak, satu pendedahan ttg bekas MB Umno terdahulu sangatlah menuntut pemerhatian dari kita.....

Apa yang dipaparkan di bawah jelas membuktikan di bawah 'regim' pemerintah terdahulu, iaitu di bawah bekas MB Kedah ke-8, Mahdzir Khalid, ternyata pemerintahannya 1000 kali lebih teruk dan buruk!..dalam tempoh satu penggal pemerintahan pemimpin Umno ini telah berjaya mengumpul koleksi skandalnya yang tersendiri..

Jom ikuti pendedahan 'Kedahleaks' oleh blogger Kedah Times di bawah yg dibawa cukup dgn fakta dan perangkaan..untuk makluman, blogger Kedah Time adalah blogger pro-Umno, dan semestinya segala najis-busuk yang membelenggu pemerintahan dan pemimpin Umno Kedah dibawah pengetahuan mereka...

Penulis tuntut dari pihak berkenaan supaya mengambil tindakan segera terhadap laman web yang mendedahkan skandal pemimpin Umno ini jika laporan yang didedahkan ini adalah palsu...fikir2kan...wallahua'lam..

Panas!!!!: Dari Kedahleaks

1. Semasa menjawat jawatan PEMANGKU MB KEDAH SELAMA 6 BULAN, Mahdzir Khalid telah melakukan urusniaga balak dengan pemberian tender secara tertutup membolehkan beliau mengutip hasil peribadi yang dimasukkan kedalam beberapa akaun proksi bernilai RM10juta.

2. Mokhtar kerani kewangan di Pejabat MB semenjak era Sanusi, kini bertugas di bahagian pembelian, dan kewangan SADA, mengesahkan perkara ini kerana beliau antara salah seorang yang ditugaskan untuk memasukkan wang kutipan berkenaan kedalam akaun peribadi orang tertentu. Persoalan???: Berapa banyak jumlah yang terlibat dalam urusniaga balak secara under table yang dilakukan oleh Mahdzir Khalid sepanjang 2 tahun beliau berkuasa sebagai MB.

3. Mahdzir Khalid menggunakan jet TUDM dan jet pihak swasta yang disewa dari KAPTEN BIDI untuk semua urusan rasmi dan peribadi meskipun pekeliling dan arahan pentadbiran tidak melayakkan beliau berbuat demikian.

Arahan perbendaharan mewajibkan MB mesti menaiki pesawat komersial MALAYSIA AIRLINES. Hutang tertunggak sewa jet berkenaan kini mencecah RM1.2 juta.


(HIPOKRIT: Sebagaimana di Selangor, pendedahan kononnya pembongkaran kelemahan di bawah kerajaan PR tidak dapat menandingi 1000x kali kelemahan,keaiban, kezaliman dan kebobrokan di zaman pemerintah Umno/BN...klik..)

4. Semasa menjadi MB, Mahdzir Khalid terkenal dengan gelaran 3G-Golf, Gambling and Going Overseas. Rekod bendahari Negeri menunjukkan sejumlah RM4.4 juta dibelanjakan untuk lebih 23 kali lawatan keluar negeri sepanjang beliau menjadi MB.

5. Semasa menjadi Pemangku MB, beliau telah mengupah FADZLI AHMAD, wartawan TV3 dan Jeffery jurukamera dengan bayaran RM450,000 termasuk hadiah sebuah kereta BMW3series dan HONDA CRV dengan tujuan mendedahkan satu persatu apa yang dikatakan kepincangan pentadbiran Syed Razak(MB Kedah yang sedang sakit diserang mild stroke ketika itu).

6.Mahdzir Khalid dengan kuasanya sebagai MB telah menjadikan para pegawai khasnya kaya raya dan jutawan segera. Berikut jumlah aset dalam RM(tanah,ladang, syarikat, rumah, bon, saham) dan tunai yang dimiliki oleh para pegawai yang dilantiknya kepelbagai jawatan semasa zaman pemerintahannya.

NAMA PEGAWAI JUMLAH ASET
Ghafar Yahaya(Setiausaha Sulit) : RM3 juta
Ali Yahaya (Setiausaha Politik) : RM3.5 juta
Razman Yaakob(Setiausaha Akhbar) : RM1.1 juta
Mat Hassan@Mat Kang(PA) : RM2.1 juta
Dato Tajul Urus (CEO KEDAH CORP) : RM4.5 juta
Mohd Rawi Abdul Hamid(Pegawai Khas): RM1.3 juta
Shahanim Mohd Yusoff(Pegawai Khas) : RM4.6 juta

MAHDZIR KHALID HARUS BERTAUBAT, UMNO KEDAH PASTI SELAMAT

Sumber: KEDAHLEAKS
Info tambahan
: Berikut pula adalah pendedahan terdahulu oleh Greenboc berkaitan dengan skandal

Pertemuan sulit Mahdzir-Shahanim



Kalangan penyokong Umno di Kedah, rata-rata mendesak agar kisah hubungan sulit antara Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mahdzir Khalid dan Ketua Puteri Umno Negeri, Shahanim Mohd Yusuf didedahkan segera.

"Kami dah meluat tengok sikap mengada-ngada Shahanim dan hairan mengapa Mahdzir menafikan hubungan sulit mereka berdua," tegas mereka.

Seorang tokoh perniagaan antarabangsa berbangsa Cina pula memberitahu, dia mempunyai cukup bukti tentang tempat dan tarikh pertemuan dua sejoli ini terutamanya di Macau termasuk nama hotel yang diinapi mereka berdua.

Dalam perkembangan yang sama, di serata negeri ini berbunyi bahawa vcd kisah cinta mereka berdua akan disebarkan, Harakah sendiri sering menerima panggilan telefon daripada mereka yang mahu tahu kesahihan cerita yang mereka dengar.

Tokoh perniagaan Cina itu juga menyebut ada sebuah hotel terkenal di bandar Alor Star turut dijadikan lokasi pertemuan sulit Mahdzir-Shahanim, katanya, selang beberapa minit selepas MB itu masuk ikut pintu utama hotel, Shahanim akan masuk ikut base-ment dan naik ikut pintu belakang.

Harakah sendiri pernah dihubungi oleh beberapa orang yang ada kepentingan dengan Mahdzir memberitahu bahawa Mahdzir pernah menafikan kisah cinta mereka berdua di hadapan khalayak yang tidak begitu ramai.

"Itu cerita lama, lani depa dah tak dak apa-apa hubungan," kata pemanggil itu.

Bagaimanapun, beberapa pimpinan utama Puteri Umno di Sungai Petani dan Merbok mengakui mereka tahu Shahanim memang mempunyai hubungan istimewa dengan Mahdzir.

Sementara seorang rakan memberitahu, beberapa hari sebelum menjelangnya hari pembubaran Parlimen, Shahanim yang bertugas sebagai Setiausaha Khas MB telah menghadiahkan sebuah kereta Honda CRV baru kepada suaminya yang bertugas di institusi kewangan.

Banyak pula duit seorang pegawai khas MB sehingga boleh menghadiahkan sebuah kereta baru kepada sumainya, kata rakan tadi.

Rumah Mahdzir Khalid RM5 juta di Pedu

PADANG TERAP: "Rumah itu dianggarkan dalam lingkungan harga RM 4juta hingga RM 5 juta, pondok pengawalnya sahaja berharga RM 40,000, baru berapa tahun saja jadi Menteri Besar," beritahu seorang orang kuat Umno di Pedu.

Sekali pandang memang rumah yang didakwa milik Mahdzir Khalid yang terletak di tepi jalan berdekatan bulatan Naka-Sik itu tidak mahal, rumah setingkat tetapi cukup luas dan difahamkan bahan binaan yang digunakan dari jenis yang mahal.

Kalau benar ia bernilai RM 5 juta, berapa ringgitkah simpanan Mahdzir dalam sebulan bagi mengumpul sebanyak itu jika dibandingkan gajinya sebagai seorang MB yang baru tiga tahun memegang teraju kerajaan Kedah. - Greenboc



p/s: Anda kenal blogger Mummy Rokiah?? cuba bertanya kpd blogger otai Umno, mereka lebih arif siapa Mummy Rokiah...dan berikut adalah 'mesej' yang disampaikan oleh beliau akhir bulan yang lalu, yang menyentuh mengenai bekas MB Kedah, Mahdzir Khalid..fikir2kan..

Mahadzir Khalid, Pegerusi UMNO Kedah- mana slogan Najib "rakyat didahulukan pencapaian diutamakan"?

Ribut membawa berita bahawa Najib terpaksa akur untuk melantik mantan pelingkup Kerajaan BN di Kedah, DS Mahadzir Khalid atau lebih dikenali dengan panggilan Tok Det sebagai Pengerusi UMNO Kedah kerana beliau mendapat sokongan dari majoriti Ketua-Ketua UMNO Bahagian dalam Kedah.

Kata Ribut bahawa hanya DS Tok Det yang layak dan boleh membawa penyatuan kembali UMNO Kedah kerana semua Ketua-Ketua UMNO Bahagian yang ada adalah ghurka-ghurka dan pandir-pandir Tok Det dahulu semasa beliau menjadi MB.

Semua mereka ini akan patuh, jujur dan taat kepada Tok Det kerana atas bantuan dan pertolongan Tok Det lah mereka naik berkuasa dan kaya raya. Hasrat mereka jika Tok Det dilantik maka jangka hayat politik mereka akan berterusan dan projek-projek yang terbantut diteruskan kembali jika mereka berkuasa.

Jika ada kebenaran seperti berita dari Ribut ini ternyatalah Presiden UMNO juga buta mata dan telinga dari mendengar suara rakyat dan di dalam kontek ini slogan “rakyat didahulukan pencapian diutamakan” hanyalah menjadi retorik Burung Kakak Tua.

Nampaknya rakyat Kedah harus pertimbangkan dengan waras samada ingin meneruskan kepimpinan Islam PAS atau mereka rela jatuh kembali kedalam mulut singa,beruang,ular sawa dan harimau (hari-hari mau).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular