Pembuka tirai 2011 menyaksikan PAS akan mengadakan siri jelajah seluruh negara untuk memberi kesedaran supaya menilai perubahan yang ingin dibawa oleh parti itu dalam rangka menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Siri jelajah itu, dinamakan Projek 2011: Masa untuk berubah - PAS Sedia Gantikan Umno, dijadual berlangsung antara Januari hingga Mac 2011.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan (kiri) berkata segala persiapan sedang dipergiatkan dan diatur melibatkan seluruh anggota Pemudanya dalam program tiga bulan itu.
"Kami juga telah mengeluarkan arahan untuk menggerakan jentera di setiap peringkat kawasan dan negeri,' katanya ketika dihubungi Malaysiakini, hari ini.
Dalam siri jelajah yang akan bermula di Pahang dan berakhir di Terengganu itu, rombongan Pemuda PAS dijadual mengadakan sesi dialog dengan Pemuda negeri serta taklimat khas daripada Nasrudin.
Di sebelah malamnya pula akan diadakan ceramah perdana, dinamakan Pentas Pemuda.
Nasrudin berkata, setiap jentera Pemuda terlibat menyelesaikan culaan undi, daftar pemilik dan jumlah semak semasa berada di lapangan.
Ditanya bilangan anggota PAS akan turut serta, katanya, itu semua bergantung kepada keluasan sesuatu kawasan.
"Kita tidak meletakkan jumlah kapasiti, jumlah tenaga (ahli) bukan berada di atas kertas tetapi di lapangan kelak," ujarnya.
Nasrudin berkata, siri jelajah mencapai kemuncaknya pada 19 Februari, dijangka 30,000 Pemuda PAS Kedah akan menghadiri program tersebut.
Ditanya sama ada sudah memohon permit polis, Nasrudin memberitahu telah memohon permit daripada pihak berkuasa untuk kesemua siri jelajahnya.
"Ada negeri dah serah borang permohonan dua minggu lebih awal untuk mohon permit," kata beliau yang menjangka tiada masalah akan timbul dalam program sulung mereka untuk tahun depan itu.
Wednesday, December 29, 2010
TOP Ten Minggu INI
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
KUALA LUMPUR: Dua panel kerajaan gagal membentang hujah ekonomi bagi menyangkal kandungan Buku Jingga dalam forum Bicara Rakyat, sebaliknya...
-
KUALA LUMPUR: Forum Tanah, Adat dan Pilihan raya di sini, malam tadi, menerima ‘kunjungan’ penyampai (DJ) stesen radio bebas, Radio Free Sa...
-
by pria malaya BERITA 1
-
Korang mesti pernah tengok filem P. Ramlee kutuk UMNO kan? Tapi korang mesti tak pernah dengar lagu ni. Lagu ini adalah kritikan terhadap ...
-
Oleh Lee Wei Lian KUALA LUMPUR, 5 Feb — PKR menyasarkan isu subsidi gas tahunan RM19 bilion pada forum TV malam tadi dengan menegaskan, ia ...
-
Selepas TV3 tahun lalu siarkan klip raya yang sangat kontroversi, kini satu lagi TV bawah Media Prima Berhad buat hal!! Saksikanlah sendir...
-
Marina Mahathir antara penyokong kuat kumpulan 'Seksualiti Merdeka'? Oleh: Pria Malaya
-
Ikhwanul Muslimin pengganas, Yusuf Qaradhawi menyesatkan - Najib
-
Semalam majlis Perbarisan Tamat Latihan Perdana yang di adakan di Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA) telah disempurnakan oleh Rosmah dan ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??