UMNO/BN yang memerintah sekarang memang bengong dan mungkin jugak sasau! Kalau boleh diibarat guru, UMNO/BN ini bagaikan "buat apa yang cikgu suruh tapi jangan buat apa yang cikgu buat" atau bagai "ketam mengajar anaknya berjalan betul" tapi dia sendiri berjalan herot!
Kalau UMNO/BN ajar banyak "ilmu" kepada 'anak muridnya,' rupa-rupanya ilmu yang dia ajar itu, anak muridnya tak boleh amal, dia sahaja yang boleh. Kalau 'anak murid' amal maka terjadilah 'anak murid' itu "tidak patriotik", "melanggar peruntukan perlembagaan, "menderhaka", "menghina" dan bagai-bagai istilah lagi yang UMNO/BN cipta.
Dalam kes kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor, (arahan tak iktiraf logo 1Malaysia di Selangor telah ditangguh sementara) riuh satu dunia sampailah ke APCO. Macam-macam kecaman kepada kerajaan PR Selangor, paling hebat dan grand, apabila ada seorang anak Yatim kata melanggar peruntukan perembagaan negara! Fuh!!!
Amboi....amboi...bilalah kerajaan UMNO/BN agaknya, tak langgar peruntukan perlembagaan? Di Pejabat Ghani Pak Tail - langgar, terutama dalam kes liwat 2! Di persidangan Parlimen - langgar! Royalti minyak Trengganu dan Kelantan, langgar, dijadikan wang ihsan! Biasiswa jadi PTPTN, langgar jugak. Kalau nak di senarai bersepah-hawah. Bilanya UMNO/BN tak langgar?
Itulah cara Tok Guru UMNO/BN ini ajar. Dia boleh buat, anak murid tak boleh ! Ini kaedah ajaran sesat! Tok guru boleh, kamu tak boleh!!!
Di Kedah apabila Kerajaan Pakatan Rakyat menang, adakah munasabah Kerajaan pusat UMNO/BN tak benarkan gambar Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan, digantung di sekolah-sekolah KPM? Sepatutnya tak kiralah dari parti mana pun gambar Menteri Besar, ketua pentadbiran negeri mestilah boleh dikenali oleh para pelajar. Tapi bagi UMNO tidak, orang boleh kenal pemimpin UMNO sahaja, pemimpin lain kalau memerintah tak boleh. Habis Malaysia ini hak mak bapak hang seorang kah? Ha...kasaq dah tu!! Tapi kerajaan PR Kedah begitu gentleman senyap sahaja, tidak pula menjadi sasau sebagaimana UMNO di Selangor.
UMNO ni memang mudah sasau apabila terkena kepada dia. Sebab itu yang asyik dok ikut UMNO, dah..dah lah, nanti hangpa sama jadi sasau macam UMNO.
Masa UMNO/BN perintah Selangor, Trengganu dan Pulau Pinang, dia bukan main lagi guna bangunan kerajaan seperti balairaya sebagai tempat mesyuarat UMNO. Orang bising atau orang tak bising UMNO steady saja guna. Itulah UMNO. Apabila mereka kalah di Selangor, Pulau Pinang dan Trengganu (dulu sekejap), kerajaan Pakatan Rakyat tidak benar gunakan balairaya sebagai markas dan tempat mesyuarat UMNO, waduh UMNO melaung konon kerajaan PR menghalang kebebasan rakyat dari menggunakan kemudahan yang disediakan untuk rakyat..maka kerajaan PR zalim! Amboi...kena kat hang...zalim!!!!
Dulu ada lagi satu kes...tersalah sahaja, tak sengajapun, orang tak perasanpun kecuali UMNO yang sasau, lambang Petronas berwarna putih disebelah dalam, hijau disebelah luar, UMNO sasau macam orang gila! Sanggup membazirkan wang rakyat untuk hanya menukar warna putih letak sebelah luar, warna hijau sebelah dalam. Apa punya kelapa hotak tak tahulah UMNO ni!! Pun begitu sampai sekarang akibat dari itu, rakyat nampak lambang Petronas itu macam lambang PAS juga. Jangan, nanti UMNO akan sasau lagi!
Oleh itu kepada seluruh rakyat Malaysia terutama orang Melayu di luar bandar dan Felda cukuplah kita memberi sokongan kepada UMNO/BN dalam PRU ke13 nanti yang akan 'bermula' dengan DUN Tenang, kita sudah banyak diperalatkan dalam manis mereka. Kita sudah banyak diperbodohkan dalam sopannya kita kepada mereka. Kita bakal menjadi sasau selagi kita terus berguru dengan UMNO/BN yang semakin sasau dan bengong itu! Cukuplah untuk UMNO/BN...Cukup!