Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 15, 2011

Nazri Aziz berdolak-dalik gagal jawab isu rasuah


KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) masih lagi berdolak-dalik apabila diminta menjawab soalan berkenaan rasuah yang dilemparkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di Parlimen sebaliknya memberi alasan kerajaan tidak memberi keutamaan kepada angka atau indeks yang dikeluarkan oleh pihak ketiga.

Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas berkata, soalan beliau kepada Perdana Menteri semalam adalah bertujuan untuk mengenalpasti tindakan kerajaan dalam usaha untuk membasmi kadar rasuah yang semakin serius di setiap agensi kerajaan terutamanya isu pemberian tender-tender kerajaan secara runding terus ataupun melalui sokongan pegawai atasan.
“Anggaran yang dikeluarkan oleh perunding tersebut perlu diambil serius dan kerajaan tidak boleh menganggap ia hanyalah sebagai andaian semata-mata kerana angka akibat amalan rasuah itu adalah amat besar dan dalam tempoh 20 tahun kerajaan telah kehilangan USD100 bilion disebabkan oleh rasuah,” katanya dalam satu kenyataan media kepada Keadilan Daily.com.
Soalan beliau semalam berikutan anggaran Perunding Morgan Stanley yang menyatakan Malaysia telah kehilangan USD100 bilion akibat rasuah sejak tahun 1980.
Menurut Kamarul, kegagalan kerajaan menggunakan perangkaan tersebut sebagai satu aras petanda kehilangan dana negara yang akan menyebabkan usaha kerajaan untuk mengatasi gejala rasuah dalam agensi kerajaan sukar dicapai.
Melalui jawapan bertulis, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz turut memberitahu, kerajaan tekad dan komited dalam usaha membina masyarakat Malaysia yang bebas rasuah.
Nazri juga memberitahu, beliau tidak menolak fakta bahawa masih terdapat amalan pemberian surat sokongan oleh ahli-ahli politik untuk mempengaruhi dan memintas dasar serta tatacara standard kerajaan dalam mendapatkan kontrak berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 8 Mac, 2010.
Mengulas lanjut, Kamarul bersetuju dengan usaha kerajaan yang ingin mengatasi aktiviti rasuah tetapi dalam masa yang sama beliau turut menekankan perlunya kesungguhan kerajaan untuk meliputi semua lapisan pagawai mahupun pemimpin politik.
Ini kerana amalan rasuah dapat dilihat paling ketara setiap kali berlakunya pilihan raya kecil yang mana bukan hanya pegawai bawahan yang mengamalkan rasuah malah ia melibatkan pucuk pimpinan tertinggi di dalam kerajaan dan juga Umno.
“Sikap SPRM yang gagal mengambil tindakan amalan rasuah semasa PRK ini akan memperlihatkan wang negara akan terus meningkat kehilangannya, jika dalam masa 20 tahun kehilangan USD100 bilion dan tidak mustahil dalam tempoh lima tahun boleh mencecah USD200 bilion,” kata Kamarul.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=8995
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular