Grab the widget  IWeb Gator

Thursday, March 3, 2011

MCA PARTI PENIPU?

Kenapa tiba-tiba pula Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini menafikan bahawa MCA adalah sebuah parti penipu apabila dua bekas menteri pengangkutannya didakwa di mahakamah berhubung skandal Zon Bebas Pelabung Klang (PKFZ).





Pada 29 Julai tahun lalu, bekas presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik didakwa memperdayakan jemaah menteri bagi meluluskan perjanjian tanah berhubung pembangunan PKFZ pada harga yang jauh lebih tinggi daripada nilai pasaran

Enam bulan kemudian, iaitu pada 28 Februari lalu, bekas timbalan presiden MCA, Tan Sri Chan Kong Choy, pula menghadapi tiga pertuduhan menipu di mahkamah sesyen di Putrajaya juga berhubung skandal PKFZ.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar sebelum melancarkan perkhidmatan van Yayasan Komuniti Satu Malaysia di pekan Merlimau.

Inilah kesan dari pemerintahan BN yang mendidik ahli gabungan mereka untuk  menipu pimpinan mereka sendiri. Bayangkanlah, bukan Pak Lah sahaja yang ditipu oleh pemimpin MCA malah seluruh Kabinet Malaysiajuga telah ditipu oleh pemimpin MCA. Tidurkah mereka setiap kali mesyuarat Kabinet diadakan pada setiap hari rabu di Putrajaya?

Mereka mengkhianati amanah rakyat dengan menipu Pak Lah semata-smata untuk mengaut keuntungan peribadi dan parti. Apa kata UMNO?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular