Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, March 1, 2011

Liwat II: Mahkamah Ditunjukkan Barang Kes Dari Kondo, Lokap

KUALA LUMPUR, 1 MAC: Perbicaraan kes Fitnah 2 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bersambung dengan mahkamah ditunjukkan bahan bukti termasuk sehelai bulu, sebidang karpet dan sehelai selimut.

Timbalan Pendakwaraya (DPP) Nordin Hassan membawa Superintenden (B) Amidon Aman sebagai saksi seterusnya dalam perbicaraan kes fitnah 2 itu pagi ini.

Amidon yang bertugas sebagai Ketua Bahagian CSI Makmal Forensik Bukit Aman ketika itu berkata telah hadir ke kondominium Desa Damansara pada 17 Julai 2008.

Menurutnya beliau hadir atas permintaan DSP Jude Blacious Periere untuk membuat siasatan forensik terhadap barang kes ke atas dua buah unit di kondo berkenaan.

Amidon berkata telah mengambil gambar sebelum merampas sehelai bulu, sebidang karpet dan sehelai selimut untuk dibawa menjalani proses 'profiling' DNA.

Mahkamah kemudian ditunjukkan barang kes yang dirampas di unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondo tersebut pada hari yang sama.

Amindon seterusnya memberitahu telah hadir ke lokap D9 IPK Kuala Lumpur tempat Anwar ditahan semalaman pada 17 Julai 2008 dan menemui sehelai rambut, tuala muka 'Good Morning', berus gigi dan botol air mineral.

Seterusnya kesemua barang tersebut ditanda sebagai bahan kes dan turut diambil gambar oleh jurufoto Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Karpal ketika itu mencelah untuk mengadakan perbicaraan dalam perbicaraan sekiranya rambut tersebut ingin dijadikan bahan bukti.

Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah kemudian mengarahkan mahkamah menandakan bahan tersebut sebagai ID.

DPP Nordin seterusnya memanggil Pegawai Siasatan Kes Bunuh IPKKL, DSP Yahya Rahman mengambil tempat dikandang saksi.

Dalam keterangannya, Yahya menjelaskan pada tarikh 16 Julai 2008, beliau bersama DSP Jude mengiringi Anwar ke lokap D9 IPKKL jam 11.05 malam.

Anwar ketika itu dibenarkan untuk membawa sebotol air mineral, berus gigi dan tuala muka ke dalam sel atas budi bicara anggota polis.

Karpal Singh yang kemudian menyoal balas DSP Yahya berkata lokap tersebut seperti kandang haiwan.

Justeru Yahya bersetuju tidak memberi sebarang keperluan asas kepada Anwar seperti selimut walaupun diberitahu beliau menghidap sakit tulang belakang ujar Karpal.

Sankara yang ditemui media selepas itu berkata, ia sebahagian daripada taktik kotor polis agar tahanan berasa tertekan dengan keadaan lokap yang kurang memuaskan.

Anwar kemudian menjelaskan kepada media bahawa beliau hanya membawa dua tuala mandi yang diberi oleh isterinya Datin Seri Wan Azizah.

Mahkamah bersambung jam 2.30 petang.
-tvsnews-
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular