Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 2, 2011

Lagi Bukti Pemimpin UMNO kaki SPIN - Warga Merlimau & Kerdau lihat bagaimana anda ditipu


Sebelum ini timbalan ketua gerombolan songkok tinggi berkata, Negara Malaysia akan bankrap dalam masa dua tahun jika janji-janji untuk menyenangkan rakyat di dalam buku jingga dilaksanakan.

Pak Din menggambarkan semua pemimpin Pakatan Rakyat bodoh-bodoh belaka, hanya dia dan Ketua Gerombolan songkok tinggi sahaja yang bijak dan cekap mentadbir negara.[Negara Bankrap]

Jelas sekali pemimpin gerombolan songkok tinggi mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan kuasa dan meraih sokonganrakyat. Sebelum ini di dalam laporan portal mStar 27 Mei 2010, pemimpin gerombolan songkok tinggi Idris Jala kata Negara akan bankrap / muflis pada tahun 2019 jika subsidi diteruskan. [mStar]. Demi untuk membuang subsidi Idris Jala menakutkan rakyat dengan kata-kata keramat mereka "Negara akan bankrap".

Namun apabila menyedari kenyataan ini akan menunjukkan Barisan Nasional tidak pandai memerintah dan bangang ekonomi, seorang lagi pemimpin gerombolan songkok tinggi terpaksa menukar kenyataan seperti yang dilaporkan oleh mStar 4 Jun 2010, Awang Adek pula keluarkan kenyataan"Negara tak jadi bankrap kalau beri subsidi" [mStar].

Sayangnya penyokong-penyokong gerombolan akan terus bangga untuk diperbodohkan oleh pemimpin yang mementingkan kuasa demi menyelamatkan perut-perut mereka. Biar jadi bangang asalkan pemimpin gerombolan songkok tinggi terus kaya raya. Mereka sanggup bekorban, terkorban dan dikorbankan demi perut-perut pemimpin gerombolan songkok tinggi.

Baru-baru ini Tun Mahathir sendiri telah mendedahkan bahawa Gerombolan songkok tinggi sudah tidak memperjuangkan Melayu, sebaliknya memperjuangkan perut pemimpin rujuk link ini [Mahathir kutuk UMNO]

ReJaM© "Jadi bangang pun nak bangga kah kah kah..."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular