Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, March 16, 2011

DBKL gagal roboh rumah penduduk


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mahu merobohkan tempat tinggal penduduk Ladang Bukit Jalil semalam gagal ekoran mendapat perintah injuksi daripada mahkamah.

Perkara itu dimaklumkan peguam yang mewakili penduduk terbabit, N Surendran dari Lawyers For Liberty (LFL) yang turut membantah tindakan DBKL.

“Perintah injuksi berkuat-kuasa sehingga 21 hari dikeluarkan oleh mahkamah bermula Jumaat lepas (11 Mac). Bermakna DBKL tidak boleh sewenang-wenangnya meroboh rumah penduduk di ladang tersebut.

“Buat masa ini penduduk masih berhak mendiami rumah mereka dan hanya akan menunggu tempoh tersebut,” katanya dihubungi Keadilan Daily.com.

Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berharap mahkamah akan berpihak kepada penduduk Ladang Bukit Jalil supaya mereka dapat meneruskan kehidupan di kawasan tersebut tanpa gangguan.

“Kita akan menunggu tempoh tersebut sebelum DBKL bertindak dan berharap mahkamah berpihak kepada penduduk.

“Setakat ini, saya tidak menerima apa-apa aduan dan masalah melibatkan ugutan daripada penduduk selain mengambil langkah berjaga-jaga.

Ditanya sekiranya berlaku perobohan selepas 21 hari, Surendran berkata, pihaknya akan tetap menggunakan badan kehakiman bagi membela hak penduduk ladang daripada dianiaya.

“Kita akan failkan di mahkamah sekali lagi sekiranya DBKL tetap melaksanakan perobohan rumah-rumah di ladang itu,” ujarnya.

Penduduk berkenaan sebelum ini menerima notis pengosongan daripada DBKL dan tempoh tersebut berakhir semalam.

Hampir 200 penduduk ladang tersebut berdemo di hadapan perumahan mereka semalam bertujuan membantah aktiviti perobohan ke atas kediaman mereka.
Turut serta dalam perhimpunan itu, Surendran dan seorang lagi peguam dari LFL, Fadiah Nadwa Fikri.

Bagaimanapun, tiada satupun kelibat DBKL berada di kawasan itu semalam.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=9027
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular