Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 27, 2011

Saya tidak minta dilahirkan sebagai Melayu - Nik Aziz

KOTA BAHARU -
 Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak minta untuk dilahirkan sebagai seorang berbangsa Melayu.

Beliau juga berkata, adalah secara kebetulan beliau lahir di negara ini.

"Kalau saya (lahir) dari kalangan masyarakat Orang Asli sekalipun tidak apa, asalkan saya Islam dan beriman dengan Allah SWT," katanya. 

Nik Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta beliau bersyukur dilahirkan sebagai bangsa Melayu yang tentunya beragama Islam. 

Dr Mahathir berkata, Melayu adalah bangsa yang unik di dunia kerana mengikut Perlembagaan, bangsa Melayu mesti bertutur dalam bahasa Melayu, mengamalkan adab Melayu dan beragama Islam. 

Nik Aziz berkata, semua bangsa adalah sama dan tidak ada keistimewaan kepada satu-satu bangsa sebagaimana juga bangsa Arab sendiri kecuali seseorang itu Islam dan beriman kepada Allah SWT. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular