KUALA TERENGGANU - Jentera Terengganu di arah membantu jentera pilihanraya PAS negeri Pahang dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan negeri Kerdau yang akan diadakan pada tarikh yang sama dengan PRK DUN Merlimau Melaka
Menurut Pengarah Pilihanraya PAS Terengganu, Ariffin Deraman, beliau menerima arahan tersebut dari PAS Pusat pada petang semalam, Sabtu 19 Februari, berikutan pengumuman Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang menetapkan kedua-dua pilihanraya Merlimau dan Kerdau dijalankan serentak.
"Jentera Terengganu diarahkan untuk membantu PRK DUN Kerdau sahaja,"ujarnya melalui pesanan ringkas (SMS) yang diterima Buletinonline lewat petang Ahad, 20 Februari.
Penghantaran petugas secara rasminya, menurut Ariffin, adalah sebagaimana cadangan PAS bagi membantu PRK DUN Merlimau.
"Terengganu diarah ke Kerdau membantu UPU Lipat kajang yang mempunyai 445 orang pengundi dan juga UPU Desa Murni seramai 1361 pengundi,"ujarnya ketika dihubungi.
Menurutnya, UPU yang diamanahkan kepada PAS Terengganu itu terletak di sebelah kanan kira-kira 2 kilometer selepas tol Temerloh di Lebuh Raya Pantai Timur.
"selepas tol Temerloh belok kanan (lebih kurang) 2 km masuk UPU yg kita jaga, Yang DiPertua kawsan tersebut (Temerloh) ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, dan kebanyakkan penduduk disini kerja kampung,"kata Haji Hanafiah yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu, selepas membuat ke kawasan berkenaan, semalam.
>> Bagaimana ke Kerdau dari Kuala Terengganu - klik sini