Lebih 50, 000 hadirin yang tidak sabar-sabar mendengar pendedahan Ustazah Ummi Hafilda yang telah diwar-warkan secara besar-besaran sejak lebih seminggu yang lalu membanjiri ceramah tokoh Muslimah gerombolan songkok tinggi itu.
Wanita contoh ini menyampaikan ceramahnya dengan penuh bersemangat dan bersungguh-sungguh di hadapan lautan manusia yang mendengarnya dengan khusyuk.
Pelbagai lapisan masyarakat hadir memberikan sokongan kepada ceramah membongkar segala penyelewengan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali ini. Seorang lelaki yang tidak mahu dikenali berkata,
"Saya terberak di dalam seluar sebanyak dua kali, kerana tidak sanggup meninggalkan ceramah panas ini walaupun mengalami sakit perut yang teramat sangat".
Wartawan dari akhbar terkenal India, Kari Parpu Daily turut memberikan liputan untuk tatapan peminat-peminat Ustazah Ummi Hafilda di India. Wartawan tersebut mengakui bahawa Ustazah Ummi Hafilda menjadi ikon Muslimah cemerlangdi kalangan remaja dan wanita di sebuah pergunungan yang dirahsiakan namanya di India.
Info lanjut di [Batu Gajah Mari]
ReJaM© "Kesian Ummi Hafilda..."