Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 27, 2011

Necmettin Erbakan Meninggal Dunia


Necmettin Erbakan, 85, pemimpin pergerakan Islam di Turki telah meninggal dunia pada hari ini (27 Februari 2011).

Beliau sebelum ini berada rawatan di sebuah hospital swasta di Ankara.

Necmettin Erbakan
Pihak hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa Necmettin Erbakan telah meninggal dunia pada pukul 11.40 pagi (waktu Turki).

Beliau juga adalah bekas Perdana Menteri dari pro Islam yang pertama di Turki selama setahun iaitu dari 1996 sehingga 1997.  Pada tahun 1997, akibat daripada tekanan daripada pihak tentera, dia telah meletakkan jawatan dan parti pimpinannya Parti Kebajikan diharamkan oleh pihak tentera. Beliau kemudiannya diharamkan daripada terlibat dengan politik atas arahan Mahkamah Perlembagaan di Turki.
Sedikit maklumat berkaitan dengan Erbakan, beliau dilahirkan pada 29 Oktober 1926 di Sinop, Turki. Beliau merupakan seorang jurutera, ahli akademik dan ahli politik yang disegani. Beliau adalah graduan di bidang kejuruteraan di  Istanbul Technical Universiti pada 1948 dengan mendapat CGPA 4.00/4.00 dan juga memiliki ijazah kedoktoran PhD RWTH Aaren University di Jerman.
Di samping berjaya dalam bidang politik, beliau juga berjaya dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan pernah dilantik sebagai Ketua Jurutera bagi satu projek untuk membina kereta kebal Jerman iaitu Leopard Tank 1A.
Inilah contoh terbaik yang wajar diteladani oleh kita. Beliau menunjukkan kecemerlangan di dalam semua bidang. Kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat. Amin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular