Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 20, 2011

Najib takut dimalukan di Pelabuhan Klang- S/U MB Selangor


SHAH ALAM: Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mencabar Pakatan Rakyat menyediakan barisan kabinet bayangan menyerlahkan ketakutan Najib terhadap mandat yang diperolehinya, kata Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin.

Menurut Faekah, ketakutan itu dibuktikan di Selangor apabila BN mengenepikan keputusan speaker Selangor mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Pelabuhan Klang dan mencabar kes itu di mahkamah.
“Sepatutnya Najib menggunakan kesempatan kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sebagai tanda ukur kekuatan UMNO di Selangor. Bukan menabur fitnah ke atas kerajaan PR Selangor. Ternyata beliau tidak yakin dan takut dimalukan. Akhirnya terpaksa menggunakan mahkamah untuk menutup kelemahan,” kata Faekah dalam satu kenyataan media.
Justeru itu katanya, adalah lebih baik Najib memastikan dahulu beliau benar-benar mendapat mandat rakyat di negara ini sebelum mencabar Pakatan Rakyat membariskan kabinet bayangan.
“UMNO Selangor yang masih kucar kacir walaupun setelah menerajuinya selama dua tahun, hingga tidak mahu berhadapan pilihan raya kecil di Pelabuhan Klang sudah cukup untuk Najib bermuhasabah dan meneliti masalah dalaman UMNO. Agak aneh bunyinya bila kita berani mencabar sedangkan diri masih tempang,” kata beliau
lagi.

Menurut Faekah, sejak mengambilalih tampuk pentadbiran pada April 2009, rakyat tertunggu-tunggu bila pilihan raya umum kerana amalan PM baru berbuat demikian bagi mendapat mandat baru.
“Ternyata Najib tidak mempunyai kekuatan diri untuk melakukannya walau setelah 2 tahun menjadi PM.
“Sekurang-kurangnya Tun Abdullah Ahmad Badawi telah memanggil pilihan raya umum pada 2004; kurang dari setahun memerintah negara. Meskipun beliau dilihat lemah tetapi hakikatnya lebih berani dan tidak teragak-agak dalam meletakkan mandat rakyat sebagai ciri utama untuk menerajui kerajaan.
“Sebaliknya, bukan setakat takut dan kurang yakin, Najib jauh lebih dahsyat lagi. Ratusan juta wang rakyat pula yang dibelanjakan membayar perunding Yahudi  semata-mata mahu memulih imej yang tercalar teruk dengan pelbagai skandal yang menjadi bualan dunia,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=7262
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular