Perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersambung hari ini di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan soal balas ahli kimi dan pakar DNA Dr Seah Lay Hong.
Peguam Ram Karpal Singh dijadualkan selesai soal balasnya menjelang tengah hari ini dan ini akan diikuti dengan giliran pihak pendakwaan membuat soal balas.
Minggu lalu, pelbagai persoalan teknikal berhubung bagaimana ujian DNA dijalan dan ditentukan. Lebih banyak perkara seumpama itu dijangkakan hari ini apabila seorang lagi ahli kimia akan memberi keterangan.
Lebih kurang 60 orang termasuk wartawan dan perwakilan asing hadir hari ini.
[Berita penuh menyusul]