| Khairil Abdul Rahim |
TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’. Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama. “Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek. “Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir. Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu. Turut berceramah pada malam tersebut ialah Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PKR Tian Chua dan beberapa orang lagi. Chua selanjutnya menceritakan bekas Presiden Mesir Hosni Mubarak jatuh kerana mengaut kekayaan melampau dengan keluarga beliau mempunyai kekayaan lebih RM270 bilion. Tambahnya, sedangkan sejumlah besar rakyat hidup melarat dan dibelenggu kemiskinan sehinggalah mereka bangun memberontak. “Saya nak beritahu apa bezanya dengan Malaysia, 11 juta penduduk di negara ini berpendapatan di bawah RM1,500 iaitu berstatus miskin jika dibandingkan dengan kos hidup. Dan 8 juta daripada mereka adalah orang Melayu. “Satu perkara lagi yang mempunyai persamaan Malaysia dengan negara-negara Arab yang menghadapi kebangkitan rakyat itu ialah rasuah. Semasa saya mulai memasuki parlimen tiga dekad yang lalu kedudukan indeks rasuah Malaysia sekitar nombor 20. “Tetapi ketika Perdana Menteri sekarang mengambil alih pemerintahan sudah berada di kedudukan ke 57,” katanya. Jelasnya, beliau percaya jika rakyat dalam keadaan tertekan mereka akan bertindak untuk mendapatkan keadilan. |
Wednesday, February 23, 2011
Kerdau : Jui Meng dah BERTAUBAT, CSL bila????
Jui Meng dedah akui pernah takutkan orang Cina dengan PAS.
TOP Ten Minggu INI
-
P akatan tuntut PM panggil sidang tergempar Parlimen Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...
-
Former Deputy Bank Negara Governor Lin See Yin’s personal testimony that claims of GTP/NKRA success in reducing crime do not translate to M...
-
by baginda® inilah akan berlaku jika tak buat sistem tender terbukak... suka hati nak mintak perkenan di jambatan perdana menteri ikut te...
-
NAJIB PERLU BERSIKAP ‘GENTLEMAN’ DAN TERIMA KEPUTUSAN RAKYAT DALAM PRU 13
-
"Tambahan RM4b subsidi minyak"? Ha Ha! Ron95 nak naik lagi. Padan Muka Oleh: mazwandi
-
Tom Reilly, TULLY February 8, 2011 Click to play video Army helps with Yasi clean-up In the wake of Yasi, the army is helping to repair sch...
-
MahfuzOmar Mahfuz Omar TPM kata isu DSAI dbaling batu difelda Kerdau kerana mrka meluat pdnya.olih kerna DSAI p kpg depa jd depa ada h...
-
Pada penulisan objektifnya adalah untuk menjelaskan bahawa Malaysia adalah negara bangsa (nation state) yang terdiri daripada pelbagai kaum ...
-
by Pencacai Semalaysia Kemelut SUK: Selangor menuju krisis perlembagaan, kata pakar Pelantikan kontroversi Datuk Mohd Khusrin Munawi se...
-
Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS KUALA LUMPUR, 11 Jan: “Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, ...
Paling Popular
-
Dibawah ini ialah proxy yang korang perlukan untuk melayari internet secara percuma tanpa sebarang bayaran. Kira kira 6 jam masa aku habis u...
-
Mungkin ada yang dah kenal, atau mungkin baru nak mengenali bakal pemimpin akan datang kita ni. Apa yang dipaparkan nanti betul-betul tidak...
-
Anak main fb, bapak dalang hina hudud terkantoi Konspirasi didedahkan oleh hanief = malaysianews Guna user name matamata . Disyaki seba...
-
DAYAH paling kanan yang hampir nak tersembul tu..
-
Edisi Berita Tak Pelik Setelah persetujuan rundingan meja bulat oleh Menteri-menteri BN yang kaya melebihi tokey 18 petrol pam dibuat dip...
-
Menteri Kata Tidak Salah Tonton Porno Jika Bukan Cari KEUNTUNGAN. Wow!
-
-
Mitshubishi tiru proton wakaka!! Tragedi yang menyayat hati telah berlaku petang tadi depan mata masa gua singgah showroom Edaran Otomobil...
-
Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama ...
-
ADAKAH IA SEBAHAGIAN DARI KONSPIRASI DAJAL / PARA KONSPIRATOR DUNIA ??
TEMERLOH, 23 Feb: Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.