apa hallak..siRosmah pun turun kempen..dah mula tercabarke...?
dah kempen mula cakap merapu si mah ini...nak serah pada Allah..serah apa wahai rosmah..?
kau sendiri tak ikut perentah Allah..ini nak serah..serah Geran Tanahke..?
jangan dok merapu..sebab lagi banyak buka mulut..lagi banyak pembohongan terurai...lebih baik kau diam..- from BIJAN
Isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang jarang kelihatan pada kempen pilihan raya kecil, hari ini turun padang di DUN Kerdau.
Sambil merayu penduduk setempat memberikan undi pada calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad, Rosmah mengingatkan pengundi supaya menolak "dakyah" dan "fitnah" Pakatan Rakyat.
"Jangan dengar dakyah pembangkang. Pembangkang ini cuma sedap mengata saja. Alhamdulillah.
"Saya tak mahu lawan. Saya serah pada Allah sahaja," katanya dalam majlis ramah mesra di Felda Jengka 25 - antara kubu kuat BN di Kerdau.
Beliau bagaimanapun meminta orang ramai menilai sendiri dirinya dan bukan mendengar semata-mata daripada kumpulan tersebut.
"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?" soalnya.
Selebih nya Kau Orang baca lah kat >> ( SINI )