Rakyat Selangor dari berbilang bangsa mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Polis menahan lebih 100 orang menjelang perhimpunan di KLCC yang dirancang oleh beberapa organisasi masyarakat India pada hari ini.
Tindakan Polis menahan secara besar-besaran ini jelas bertentangan dengan hak berhimpun seperti yang diperuntukan dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang merupakan undang-undang tertinggi Negara.
Seperti laporan yang dipetik dari Malaysiakini dan beberapa laman web yang lain, kita merakam rasa kesal dengan tindakan pihak polis menahan dan seterusnya menggari pemimpin Parti Hak Asasi (HRP) P. Uthayakumar sebaik saja beliau meninggalkan rumahnya pagi ini. Beberapa lagi pemimpin HRP turut ditahan pihak Polis tanpa sebarang waran tangkap seperti yang diperuntukan oleh undang-undang.
Apakah pihak Polis mengamalkan dasar "warna kulit", tindakan keras hanya diambil terhadap kaum India sahaja tetapi bersikap "menikus" terhadap orang "Melayu" UMNO?
Kita ingin tegaskan di sini bahawa dunia antarabangsa sedang memerhati tindakan kerajaan dalam menangani isu rakyat.
Kerajaan harus diingat bahawa kebangkitan rakyat yang berlaku di Mesir, Tunisia, Bahrain dan sekarang ini di Libya adalah ekoran rasa tidak puas hati rakyat yang sekian lama ditindas oleh kerajaan.
*Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar (gambar kir) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.
*Kenyataan media oleh Xavier Jayakumar (gambar kir) selaku EXCO Kerajaan Negeri Selangor.