Grab the widget  IWeb Gator

Sunday, February 20, 2011

Kedah cadang beri tanah kepada penduduk miskin yang menetap di tanah kerajaan

LANGKAWI - Kerajaan negeri Kedah akan menimbang pemberian tanah kepada penduduk miskin yang telah lama menetap di tanah kerajaan untuk memberi keselesaan kepada mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pembangunan Luar Bandar, Kerja Raya, Bekalan Air dan Tenaga Negeri Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata ketika ini, dua permohonan secara kelompok membabitkan tanah hutan diterima daripada Pejabat Tanah Daerah Langkawi untuk pertimbangan.

"Kita akan pertimbang permohonan kelompok yang lama kerana kerajaan simpati kepada penduduk miskin yang tiada tanah," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 mangsa kebakaran di Kampung Kelibang di Pejabat Daerah Langkawi hari ini.

Kerajaan negeri menyumbang RM1,000 kepada setiap mangsa kebakaran 9 September lepas, yang memusnahkan 18 rumah kedai. 

Phahrolrazi berkata pejabat tanah akan memproses permohonan penduduk miskin secara kelompok. SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular