Grab the widget  IWeb Gator

Monday, February 28, 2011

Dun Merlimau: Ni Bukan Serangan PERIBADI.. Betul Tak puak2 UMNGOK??

Calon PAS tolak dakwaan konon tidak direstui keluarga



Keluarga calon Pas, Yuhaizad Abdullah menolak dakwaan pihak tertentu kononnya mereka tidak merestui beliau menjadi calon parti itu pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri(DUN) Merlimau.

Yuhaizad berkata, isu tidak restu tidak berbangkit sama sekali kerana keluarga sentiasa menyokong perjuangannya bersama Pas, lebih-lebih lagi setelah dipilih sebagai calon pilihan raya.

“Dakwaan itu jelas tidak benar. Perhimpunan hari ini (semalam) jelas menunjukkan keluarga merestui saya.

“Saya gembira kerana keluarga turut menganjurkan kenduri untuk menyatakan rasa syukur selain memohon keredhaan Allah SWT atas pencalonan ini,” katanya pada sidang media di rumah ibunya, Fatimah Hassan di sini, semalam.

Menurut Yuhaizad, setiap hari sebelum memulakan kempen, beliau akan bertemu ibunya terlebih dahulu.

“Anda boleh lihat sendiri bagaimana kami semua dapat duduk bersama sekali gus menafikan dakwaan tersebut. Saya tidak akan melayan isu seperti ini lagi kerana masih banyak lagi perkara yang perlu dilakukan untuk bertemu pengundi," katanya.

Dalam pada itu, abang sulung Yuhaizad, Yuzaidey Abdullah, 42, berkata, pencalonan itu bukan satu kejutan kerana keluarganya sedia maklum berhubung cita-cita Yuhaizad untuk menjadi wakil rakyat.

“Sejak kecil lagi, dia memang bercita-cita mahu jadi menjadi wakil rakyat. Setelah dipilih sebagai calon pilihan raya, kami anggap dia semakin menghampiri cita-citanya," katanya.

“Kami sekeluarga sentiasa memberi sokongan dan merestui Yuhaizad sebagai calon kerana ia bukan perkara asing kerana telah didedahkan sejak kecil lagi,” katanya.

Menurutnya, seluruh keluarga berharap keselamatan Yuhaizad terjamin selain berjaya menumpaskan calon Barisan Nasional(BN), Roslan Ahmad pada PRK ini.

Ditanya mengenai dakwaan keluarga mereka sebelum ini penyokong kuat UMNO, Yuzaidey berkata, secara tradisi, 50 tahun lalu kebanyakan orang Melayu adalah penyokong UMNO terutama arwah bapa mereka, Abdullah Jumaat yang juga bekas Tok Sidang (Ketua Kampung) Kampung Chin Chin selama lima tahun.

“Bagaimanapun, pada satu tahap kita lihat UMNO sudah semakin tidak relevan dalam membela nasib rakyat sekali gus mencari satu wadah baru untuk perjuangan sebenar,” katanya. -SH
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular