Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 25, 2011

PERKASA YANG MANJA



The Malaysian Insider pagi tadi melaporkan, Perkasa menyokong desakan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria supaya presiden MCA agar memohon maaf kepada umat Islam kerana mempertikaikan tertib bersalam wanita Islam - calon PAS dalam kempen pilihan raya kecil kerusi DUN Tenang.

“(Datuk Seri Dr) Chua Soi Lek diingatkan dalam kempen MCA menentang DAP agar berhati-hati apabila menyentuh hal atau perkara-perkara yang membabitkan Islam, apatah lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum Islam yang jelas,” kata Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali.

Katanya, menjadi tanda tanya kepada Perkasa sejak kebelakangan ini ada pihak yang kerap menyentuh sensitiviti orang Islam negara ini demi politik atau pun sengaja hendak menghina Islam.

“Apa pun alasannya, Perkasa beri amaran bahawa jangan sesekali mempolitikan Islam demi mendapatkan sokongan kaum bukan Islam kerana umat Islam dalam negara ini menerimanya sebagai satu penghinaan kepada kesucian Islam yang menjadi wajib kepada umat Islam menentang mereka,” kata beliau lagi. - TMI 

Note: Kah..kah..kah..kah.. "Perkasa menyokong desakan Mufti Perak harus sana sini agar pelakon porno minta maaf...." Kah..kah..kah..kah... Kenapa sokong harus sana sini jer? Kenapa tak sokong PAS sedangkan yang pertama sekali bangun menentang adalah PAS ? Walaupun dalam perkara ini jelas PAS yang benar tapi perkasa tak boleh nak mengeluarkan kenyataan menyokong PAS kenapa? Adakah kerana perkasa mmg sebenarnya barua UMNO? Kah..kah..kah..kah.. 

Note: Kah..kah..kah..kah.. PERKASA dan UMNO bila berdepan dengan pelakon porno ni terus lembik.. lemah longlai.. rasa macam dah tak bertulang dah.. suara pun manja jer.. tiada demo.. tiada amaran 48 jam.. tiada laporan polis... tiada apa-apa.. semua tiada.. cuma sekadar ingatan kecil kepada pelakon porno ini. Hanya ingatan buat rakan seperjuangan.. berguling-guling cina porno ni ketawa.. alangkah baculnya perkasa yang takut berdepan dengan seorang pelakon porno. Cuba DAP yang buat kesalahan ini... PERKASA dan UMNOlah yang terpekik terlolong macam orang kena polong.. terkinja-kinja berdemo macam orang kena sawan berok.. terloncat-loncat macam kera kena belacan.. menyalak, melalak meraung macam bini kena lelong.. kenapa jadi begitu? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular