Grab the widget  IWeb Gator

Tuesday, January 25, 2011

Hishammudin kata PR tidak ikhlas. Siapa yang tak ikhlas?

Hari ini Hishamuddin Hussein mempertikai antara hasrat Pakatan Rakyat melalui calon PAS untuk mengurangkan majoriti calon BN di DUN Tenang sebagai tidak ikhlas! Kata Hisham keris itu kalau bertanding mestilah hendak menang, kalau sekadar hendak mengurangkan majoriti bermakna tidak mahu berkhidmat untuk rakyat!
Itu kata Hisham keris! Tapi yang aku faham jika di kubu kuat UMNO itu, calon PR dilihat sukar hendak menang kerana pelbagai perkakas yang digunakan sama ada perkakas kerajaan secara haram tidak sah, mahupun pengampu dalam kempen mereka, maka amat berbaloi bagi calon PR jika kalah dengan majoriti yang tipis. Keputusan itu bermakna semakin ramai pengundi tenang sudah semakin menyampah kepada UMNO/BN di dun yang dikatakan kubu kuat UMNO itu! Maka itu juga kejayaan, jadi apa yang tidak ikhlasnya?

Pada pandangan aku, yang yang tidak ikhlas malah tidak bertanggungjawab langsung ialah, apabila dapat peluang bertanding dalam PRK Dun Tenang, UMNO/BN sekali lagi telah tidak mengemukakan calon yang berintegriti.

Mengemukakan calon yang gagal sebagai ADO di Segamat kerana isu perlelongan tanah yang tidak direstui tuan tanah, mengemukakan calon ADO dari daerah kedudukan gred yang lebih tinggi telah turun ke daerah gred yang lebih rendah, mengemukakan calon yang kata ceritanya pernah ada kes di mahkamah, adalah sikap tidak ikhlas yang sebenar-benarnya kepada rakyat di DUN Tenang!

Apakah calon yang dilihat tidak berintegriti mampu berkhidmat dan membela rakyat DUN Tenang dengan adil? Aku rasa sukar! Jika sebagai ADO telah pun hilang integriti bagaimana pula nanti jika berjaya menjadi YB? Apakah tidak mustahil akan pulun berpeti-peti?

Jadi Hishamuddin Husein perlu menilai makanisma pemilihan calin UMNO/BN sebelum menuduh orang lain tidak ikhlas! Dan bagi golongan yang membaca media baru di internet, ceritakan kepada seluruh rakan, sahabat dan mak ayah, yang tidak ikhlas sebenarnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO/BN. Cukuplah kita menjadi ayam daging, diberi makan yang sebenarnya untuk disembelih !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular