Grab the widget  IWeb Gator

Wednesday, January 26, 2011

Peneroka Felda Sendayan menang rayuan afidavit


Putrajaya: Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan afidavit 16 peneroka Felda Sendayan, Negeri Sembilan untuk memasukkan perjanjian jual beli tanah di kawasan itu sebagai bukti kes di Mahkamah Tinggi Seremban.
Ketua panel hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Suriyadi Halim Omar turut memerintahkan responden, Pentadbiran Tanah Seremban untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM20 ribu.

Peguam, Muhammad Faiz Fadzil yang mewakili para peneroka berkenaan berkata, tafsiran Hakim Mahkamah Tinggi sebelum ini untuk tidak membenarkan kemasukan afidavit berkenaan adalah tidak tepat kerana undang-undang membenarkan sesiapa sahaja membuat kenyataan melalui afidavit.
“Afidavit ini adalah keterangan peneroka, ini sepatutnya diterima dan dibenarkan oleh mahkamah rayuan (sebagai bukti di mahkamah tinggi),” kata beliau seperti dilapor gerbang berita kerajaan Selangor.
Muhammad Faiz berkata, berikutan keputusan itu pihaknya kini menunggu pendengaran kes di Mahkamah Tinggi Seremban untuk menggunapakai afidavit berkenaan sebagai bahan bukti dalam perbicaraan tersebut.
Katanya lagi, beliau juga berharap peneroka terbabit diberi pampasan sekurang-kurangnya RM3.00 sekaki persegi.
Peneroka berkenaan sebelum ini memfailkan afidavit berikutan rampasan tanah yang dilakukan kerajaan negeri Sembilan pada 1996 dengan mengguna Akta Pengambilan Tanah 1960, tanpa diberi nilai pampasan sewajarnya.
Kerajaan negeri  hanya menawarkan harga sebanyak RM1.70 hingga RM1.90 sekaki persegi kepada kumpulan 16 peneroka terbabit, manakala baki 497 peneroka yang lainnya memilih untuk menerima pampasan berkenaan.
Penilaian yang dilakukan sebuah syarikat hartanah berlesen mendapati tanah yang terletak berhampiran bandar Seremban 2 itu bernilai RM5.76 sekaki persegi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular