PapaZina dalam entry blog beliau semalam memuatkan kononnya temubual dengan beberapa orang penduduk Tenang tentang sikap ego cikgu Mala.Turut diulas kononya Cikgu Mala tidak disukai semua guru di sekolahnya semasa beliau masih menjadi guru..
Print Screen blog PapaGomo yang memuatkan tohmahan jahat beliau lihat DISINI
Antara Lain PapaZina menyatakan :
"normala ni seorng guru yang pemalas dan ego. konon dia tu bagus sangat. dia bohong bila berkata ramai guru guru menyokong dia, padahal dia tak ada seorang kawan pun di sekolah. di sekolah dia ada 30 org cikgu, tapi seorang pun tak hingin berkawan dgn dia. dia ni dah macam kera sumbang kat sekolah."
Kenyataan di atas di perolehi dari Guru di sekolah yang Normala pernah jawat sebelum ini. Emmm kalau dah guru sendiri pun kata Normala ni Ego memang lekat sangatlah dengan Kenyataan penduduk Felcra Sekijang bahawa Normala ini seorang yang Bongkak.
HASIL TEMUBUAL KE TIGA:
"normala ni jenis tak kenang jasa. dia suka cari batu locatan utk dirinya. mula mula dia akan buat baik dengan guru besar. bila guru besar dah ok dengan dia, dia tak peduli cikgu cikgu lain. lepas tu dia buat buat baik pula dengan orang pejabat pelajaran daerah (ppd). bila orang ppd dah ok dengan dia, dia tak peduli dengan guru besar pulak.
lepas tu dia buat baik pulak dengan orang jabatan pelajaran negeri (jpn). lepas dah baik dengan orang jpn, dia tak peduli pula dengan orang ppd. dia boleh perlekehkan ppd & guru besar sebab kononnya dia baik dgn orang jpn. skrg bila dah terkenal sbb nak jadi adun, tengoklah macam mana dia perlekehkan pengarah pelajaran negeri johor!"
Benarkah itu sikap sebenar Cikgu Mala,ternyata ianya hanya tohmahan jahat puak2 yang sudah ketandusan isu untuk dibawa.Mereka hanya tahu menyerang peribadi calon Pas ini sahaja.Gambar dibawah yang diambil dari blog cikgu Mala membuktikan dakwaan PapaGomo hanya satu pembohongan semata mata...
selanjutnya boleh rujuk SINI