Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

MCA Pendang mengaku tanah milik Bomba Sukarela hak depa


‘Kami ada hak’ 
PENDANG – Pasukan Bomba Sukarela Pendang kecewa terhadap tindakan MCA Bahagian Pendang yang membantah penyambungan pembinaan balai bomba berkenaan dan turut menuntut tanah itu yang didakwa milik mereka.

Sinar Harian difahamkan pertelingkahan antara Pasukan Bomba Sukarela Pendang dengan MCA bahagian itu berlaku sejak tahun lalu apabila pasukan bomba sukarela ingin menyambung pembinaan balai bomba itu apabila mendapat tahu bahawa sebahagian tanah lagi dekat balai itu adalah milik mereka.

Naib Pengerusi Pasukan Bomba Sukarela Pendang, Ooi Chong Maw, 41, berkata, sebanyak 211.86 meter persegi tanah dekat situ telah diberi lesen milik sementara (LMS) oleh Kerajaan Negeri dan sebahagian daripada keluasan tanah itu telah didirikan Balai Bomba Sukarelawan Pendang pada 2004.

Menurutnya, pertelingkahan yang berlaku antara Pasukan Bomba Sukarela Pendang dengan MCA itu adalah merebut sebahagian tanah yang belum didirikan bangunan itu kerana MCA mengatakan bahawa tanah itu milik mereka.

“Pejabat Tanah Alor Setar telah mengeluarkan LMS pada 2007 tetapi pasukan bomba sukarela mendapat tahu mengenai perkara itu pada 2009 dan pasukan bomba sukarela dikenakan bayaran kompaun sebanyak RM2,700 kerana tidak membayar cukai.

“Setelah mengetahui bahawa tanah itu milik kami (pasukan bomba sukarela) kami bertindak memasang papan tanah di tanah itu pada 2010 menyebabkan MCA naik marah dengan bertindak membuang papan tanda itu kerana masih lagi mengatakan bahawa tanah itu milik mereka,” katanya.

Menurutnya, setelah mendapat bukti yang kukuh daripada Kerajaan Negeri yang mengatakan tanah itu milik pasukan bomba sukarela menyebabkan mereka beberapa kali bertindak mendirikan bangunan di tanah itu, namun gagal apabila ditahan pihak MCA.

“Pejabat tanah sudah memanggil kedua pihak untuk berbincang mengenai perkara ini dan dengan surat LMS telah membuktikan bahawa tanah itu milik pasukan bomba sukarela.

“Saya tidak mahu lagi menunggu perkara ini menyebabkan hari ini (kelmarin) pasukan bomba bertindak meruntuhkan dinding balai bomba itu untuk disambungkan dengan bangunan baru yang bakal dibina di tanah itu dalam masa terdekat,” katanya.

Beliau berkata, balai bomba itu perlu diperbesarkan memandangkan terlalu banyak kelengkapan bomba di balai itu dan kereta bomba yang lebih besar bernilai lebih RM70,000 akan sampai tidak lama lagi menyebabkan mereka ingin memperbesarkan balai itu dengan segera.

“Pihak MCA tidak sepatutnya bertindak sedemikian dengan pasukan bomba sukarelawan kerana apa yang ingin dilakukan pasukan bomba adalah untuk membantu orang ramai dengan balai yang luas walaupun pasukan bomba sukarela ini tidak menerima sebarang elaun setiap kali bertugas membantu masyarakat dan hanya membantu atas dasar simpati sahaja.

“Perebutan tanah antara bomba sukarela dengan MCA ini tidak perlu berlaku kerana majoriti ahli pasukan ini adalah ahli dalam MCA juga dan perkara ini dapat memburukkan lagi parti,” katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular