Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

MELETOP: Rosmah bertindak mendahului permaisuri Agung!


Oleh: Pria Malaya

Jika kita sebelum ni hanya mendengar berita Rosmah Mansor banyak menonjol diri dalam program2 kerajaan dan cuba mengambil alih tugas Perdana Menteri Malaysia dalam isu-isu tertentu, hari ini rupanya bukan setakat mengambil alih tugas secara tidak rasmi, malah beliau dilaporkan sudah ada pejabat khasnya secara 'rasmi' di Jabatan Perdana Menteri, pertama kali dalam sejarah Malaysia..

Membongkar isu panas ini, blogger "edyesdotcom" di dalam blognya mendedahkan:
"Sepertimana yang tertera dalam laman web rasmi Perdana Menteri Malaysia, FLOM adalah satu penghinaan yang jelas bukan sahaja ke atas Tuanku Agong, tetapi ia juga penghinaan dan penganiayaan terhadap seluruh rakyat Malaysia apabila buat pertama kali dalam sejarah satu division dibangunkan hanya semata-mata untuk pengurusan seorang isteri Perdana Menteri.

Dari Tunku Abdul Rahman Putra sehinggalah kepada Paklah, belum pernah kita dengar setiap isteri-isteri Perdana Menteri mempunyai satu pejabat rasmi yang kapasitinya adalah sebesar satu bahagian atau divisyen. Bahagian FLOM ini adalah rasmi dan ia sebaris dengan divisyen lain termasuklah Pejabat Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

FLOM atau nama panjangnya First Lady of Malaysia adalah sepatutnya disebut sebagai Pejabat Isteri Perdana Menteri."
Sungguh mengejutkan..tak pernah dalam sejarah bekas2 isteri PM terdahulu melakukan hal sebegini..mendahului permasuri Agong satu hal, persoalan lebih besar, mengapa perlu satu pejabat khas untuk seorang isteri PM?? Mengapa sampai melibatkan satu division? Apa perlunya sebuah pejabat untuk 'menjaga' Rosmah?


Rosmah kejar nama dan glamour??

Tidak cukup dalam negara, nama beliau dijaja sehingga ke rantau dunia..kerana itu jangan terkejut kos untuk menganjurkan First Lady Summit Malaysia anjuran Rosmah menghanguskan sebanyak RM 4.5 Juta wang rakyat..apa hasilnya? selain diboikot ketua2 wanita negara maju, ianya tidak mendatangkan faedah kepada rakyat..kalian boleh rujuk di SINI..

Untuk yg terakhirnya, cukuplah isteri seorang Perdana Menteri melibatkan diri secara 'tidak rasmi' sebagaimana lazim isteri2 Perdana Menteri terdahulu..rakyat tak perlukan seorang lagi 'perdana menteri' di sebalik tabir, yg mengawal dan mengurus hal negara melangkaui peranan dan status asalnya..ingat, itu duit rakyat, bukan duit suaminya, Najib Razak..

Untuk pendedahan lebih detail, kalian boleh rujuk kupasan blogger Edyesdotcom pada link bawah..


Akhir kalam, kita menuntut supaya Rosmah Mansor termasuk Najib menjawab isu ini..fikir2kan..wallahua'lam...

Pejabat ‘First Lady’ di JPM, Rosmah menderhaka


KUALA LUMPUR: Datin Seri Rosmah Mansor, isteri kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terbukti memiliki pejabat di Jabatan Perdana Menteri, atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia atau First Lady of Malaysia Division.

Hal ini disahkan sendiri seorang pegawai yang bertugas di bahagian berkenaan ketika dihubungi KeadilanDaily.com, hari ini.

Pegawai wanita itu juga mengesahkan pejabat berkenaan bertujuan menjaga urusan Rosmah selaku isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya sebagai First Lady dan premis itu tiada kena mengena dengan Permaisuri Agong.

Mengulas hal itu, Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh menyifatkan perbuatan Rosmah melanggar peruntukan Perlembagaan dan menderhaka kepada Yang Di-Pertuan Agong dan Permaisuri Agong sebagai Ketua Negara.

Beliau juga menganggap perbuatan berkenaan sebagai menyalah guna kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Saya percaya Rosmah kini diberi terlalu banyak kuasa oleh Najib. Perbuatan ini adalah suatu penderhakaan,” kata Fuziah kepada Keadilan Daily.

Beliau berkata, Rosmah hanya isteri kepada Perdana Menteri, bukan menyandang sebarang jawatan menteri hingga memerlukan beliau memiliki pejabat sendiri di Putrajaya, apatah lagi atas nama Bahagian Wanita Pertama Malaysia.

“Peranan isteri PM adalah melengkapi tugas-tugas PM berkaitan aspek sosial. Rosmah sepatutnya mengambil peranan sebagai ibu kepada rakyat Malaysia. Bukannya membazir wang rakyat dengan penubuhan bahagian itu.

“Tentunya, ia melibatkan kos kerana memerlukan kakitangan untuk digaji,” kata Fuziah lagi.

Perbuatan Rosmah itu turut mendapat perhatian ramai blogger antaranya, edyesdotcom.blogspot.com.

Kewujudan Bahagian Wanita Pertama itu bermakna kedudukan Rosmah sebagai isteri PM, kini sekurang-kurangnya setaraf dengan Setiausaha Sulit dan Setiausaha Politik, Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Pejabat Ekonomi Perdana Menteri dan Pejabat Pengurusan Sri Perdana.

Perlembagaan Malaysia selama ini memaktubkan Permaisuri Agong sebagai Wanita Pertama.
Sebenarnya, ini bukan pertama kali Rosmah ‘mengangkat’ dirinya sebagai Wanita Pertama. Baru-baru ini, beliau menganjurkan Sidang Kemucak Wanita Pertama selama tiga hari yang menghabiskan sebanyak RM4.5 juta.

Sebelum ini, beliau juga pernah memaparkan dirinya sebagai First Lady melalui satu iklan di New York Times.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular