Grab the widget  IWeb Gator

Friday, January 14, 2011

PAS bidas 'ahli akademi pengampu'



9 Safar 1432H MOD.
PAS hari ini membidas segelintir 'ahli akademik pengampu' yang didakwanya memberi kenyataan seperti ketua cawangan Umno.

"Mereka cuba berlakon seperti orang yang tidak menyebelahi mana-mana pihak, hakikatnya masyarakat kampus kenal siapa mereka ini," kata ketua penerangan PAS, Idris Ahmad.

Menurutnya, mereka hanya memberi kritikan kepada pelan 100 hari Pakatan Rakyat yang dianggap boleh memusnahkan negara kerana negara akan pincang dari segi kewangan.

"Rakyat tidak dengar pula komen mereka mengenai projek Menara Warisan 100 tingkat yang bernilai RM5 bilion, peruntukan kepada projek PERMATA sebanyak RM111 juta, pada hal ia bukan sebuah kementerian, tarafnya seperti belia 4B Rembau sahaja," tegasnya.

Selain isu APCO, katanya, ahli akademik tersebut juga membisu dan tidak memberi sebarang komen mengenai subsidi kepada Penjana Kuasa (IPP) sebanyak RM19 bilion, sedangkan subsidi untuk 27 juta rakyat sebanyak 11 bilion, dihapuskan.

"Ketika rakyat bawahan mengikat perut kerana kenaikan harga barang akibat kenaikan harga petrol, waktu ini mana suara ahli akademik pengampu ini.

"PAS juga hendak mengingatkan kepada ahli akademik supaya jangan rosakkan nilai akademik dan memalukan status intelektual dengan memberi komen untuk mengampu dan tidak mempunyai nilai akademik.

"Mereka ini ialah kelompok yang tidak popular di kampus, baik dari segi pengajaran dan penyelidikan.

"Kelebihan yang ada ialah mengampu penguasa negara dengan harapan untuk naik pangkat. Jangan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga," tegasnya lagi.

Sehubungan itu, beliau meminta ahli akademik yang hendak menjadi pengampu dan melawan arus kebangkitan rakyat supaya memikirkan dengan matang bahawa "sekarang bukan zaman batu, tetapi zaman rakyat boleh mengetahui maklumat beribu batu".

"Sepatutnya sebagai ahli akademik, mereka cuba membentuk pemikiran rakyat dengan berfakta, walaupun teguran itu terkena kepada Pakatan Rakyat.

"Inilah politik Malaysia yang diidam-idamkan oleh rakyat Malaysia," tambahnya. (MalaysiaKini)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular