Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menafikan pernah memberi arahan kepada Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi, agar menghentikan penggunaan pembesar suara ketika azan ekoran permintaan seorang peguam, mendakwa dirinya ahli seumur hidup MCA.
Ketika dihubungi The Malaysian Insider petang ini, Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali menegaskan, beliau tidak tahu-menahu tentang arahan tersebut.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan larangan agar menghentikan penggunaan pembesar suara di masjid itu.
“Saya pun tak tahu (pasal arahan) suruh perlahankan azan.
“Kita juga tidak keluarkan arahan itu (hentikan azan),” kata Che Mat.
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendakwa Jabatan Perdana Menteri dan Jawi telah tunduk kepada permintaan seorang ahli MCA yang mahukan suara azan Masjid Al-Ikhlasiah, diperlahankan, perkembangan yang membawa kepada protes dan demonstrasi hari ini.
Juragan : Kini semua orang pasti mau ingattt?? Siapa lagi??
"Berkocak ikan di air,sudah pasti lu orang tahu jantan betinanya."
"Berkocak ikan di air,sudah pasti lu orang tahu jantan betinanya."
from Karat E-jau