Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 15, 2011

Harakahdaily & Harakah - nasib berbeza?



Mungkin ramai di kalangan ahli PAS akan tersenyum gembira setelah menatap berita ini "Laman Harakahdaily antara paling popular - IAM" (klik).

Begitupun, mungkinkah percapaian cemerlang portal berita online milik PAS ini mampu menyumbang ke arah peningkatan kesedaran di kalangan rakyat, terutama luar bandar, berkenaan isu-isu semasa?

Tidak dapat dinafikan, kecenderungan komuniti celik ICT (di bandar terutamanya) terhadap bahan dan sumber bacaan alternatif semakin hari semakin bertambah.

Menyumbang kepada peralihan minat ini, mungkin barangkali, penulisan dan pelaporan berita oleh portal dan akhbar arus perdana sudah tidak begitu ada 'Ummph!', terkongkong, tidak menarik perhatian dan gagal memuaskan hati mereka.

Justeru, mereka akan beralih kepada sumber-sumber berita alternatif sebagai 'semak dan imbang' (selain mencuci mata membaca laporan kisah sensasi yang mengutuk pihak lawan).

Kena kepada sasaran?

Tidak dapat dinafikan sebaran berita melalui Harakahdaily begitu diminati oleh pelbagai lapisan masyarakat, baik pendokong PAS, pemerhati dari luar, malah para penyokong parti lawan juga.

Bagitupun, laporan IAM juga turut memaparkan 'sisi lain' iaitu pencapaian akhbar bercetak, Harakah yang dikeluarkan 2 kali seminggu, tidak menunjukkan prestasi yang memberangsangkan.

Akhbar online OK. Tetapi di dalam konteks masyarakat hari ini, membeli dan membaca akhbar bercetak (iaitu cara yang konvensional) masih menjadi medium utama yang penting di dalam penyebaran maklumat dan berita, terutama di kalangan komuniti (Melayu) luar bandar dan Felda dan kelompok yang menghadapi kesulitan aksess kepada internet.

Inilah antara cabaran terbesar pihak PR terutama di dalam usaha mengekalkan momentum yang mereka peroleh selepas PRU 2008 yang lalu. Luahan rasa Anwar Ibrahim ini sedikit-sebanyak menceritakan betapa kekurangan itu masih belum dapat diatasi:

"Beliau menceritakan pengalamannya ketika lawatan ke kawasan FELDA Tenang, "Yang cakap pasal media alternatif, tiada seorang pun yang tahu. Seorang saja yang kata, anaknya beritahu. Itu masalah besar. Cuma apa yang baiknya adalah bila kita pergi dia keluar dengar. Tetapi berapa lama boleh kita boleh (bertahan dengan) pergi (dari kampung ke) kampung?" - sumber.

(nota: media alternatif mengikut apa yang saya faham adalah 'internet-based media' - portal online seperti Harakahdaily, blog-blog dan forum bicara politik).

Ukuran kecemerlangan ini, secara statistik, tidak akan menggembirakan sesiapa (mungkin para petugas Harakahdaily yang rasa gembira) jika pelbagai pihak melihat dari perspektif yang lebih luas dan secara jangka panjang.

Masih banyak kawasan luar bandar dan desa dan tidak terkecuali, kawasan Felda yang masih 'asing' buat media alternatif Pakatan, walhal di situlah letaknya 'domain' mereka.

(nota: dikatakan 'domain' kerana kawasan luar bandar/desa adalah rebutan untuk mendapatkan para penyokong, meraih pengundi, merebut kerusi-kerusi penting dan medan memperjuangkan isu-isu yang dekat di hati masyarakat - bukan sekadar mengulang-tayang isu besar bersifat nasional).

Keaktifan menggunakan medium ICT, seperti Harakahdaily, tidak dapat tidak, perlu diakui telah menjejaskan sirkulasi dan jumlah jualan akhbar Harakah. Ini kerana pembaca tidak mahu membaca 2 kali (sekali dalam Harakahdaily, sekali dalam akbar Harakah).

Dengan sirkulasi sedemikian (berbanding Metro Sabtu dan akhbar bahasa Cina dan Inggeris), jumlah pembaca Harakah juga mungkin boleh berkurang dari masa ke semasa disebabkan 'persaingan' kedua medium ini.

Dan, andai ditakdirkan PRU diawalkan, berupayakah Harakah dan Harakahdaily berkembang dan menembusi dinding (aksess kepada maklumat) yang membataskan masyarakat luar bandar kepada berita alternatif?

Atau mungkinkah kedua-dua bakal mengalami nasib yang sama jua akhirnya?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular