Grab the widget  IWeb Gator

Saturday, January 15, 2011

Saran Tok Guru Nik Aziz kepada Ahmad Said


CHUKAI - Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat berkata beliau mula masuk menceburkan diri dalam politik dan PAS adalah pada tahun 1969.

Katanya, antara sebab beliau menyertai PAS adalah kerana kerajaan Umno telah menangkap Tok-tok Guru pondok.

"Dia tangkap Tok Guru pondok, dia (Umno) itu Melayu Islam bukan komunis (tapi) tangkap TokmGuru pondok,"katanya ketika menyampaikan amanat khas pada Perhimpunan Kebangkita Rakyat'; PAS Ganti Umno di sini.

Oleh itu, beliau berkata, sudah sampai masanya PAS menggantikan Umno dalam memerintah kerajaan Malaysia dan juga negeri-negeri.

Menyentuh tentang saranan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, Dato' Ahmad Said yang meminta pimpinan Umno mencontohi PAS, Tok Guru Nik Aziz berkata, Umno perlu tiru PAS keseluruhannnya.

"Nak tiru, tiru belako, jangan tiru sikit-sikit,"ujarnya

from Buletin Online - Media Informasi Terkini 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TOP Ten Minggu INI

Paling Popular